Wednesday, July 1, 2009

Tidak Seindah Mimpi 20


Aku tekad..hari ini aku mesti mendapatkan jawapan atas segala kekeliruanku. Semalaman aku tidak boleh tidur kerana terlalu memikirkan hal ini . Aku lebih banyak memikirkan siapa Syam daripada memikirkan keadaan Syam ketika ini. Sungguh, aku tidak mampu menghalang persoalan demi persoalan dari terus bertandang di fikiranku.

Aku ligat memutar stereng untuk memasuki perkarangan rumah Kak Za. Entah mengapa sepanjang malam, hanya nama Kak Za yang bermain di fikiranku. Aku yakin ,hanya Kak Za yang bisa merungkaikan segala kekeliruan ini memandangkan dia sangat mengenali Syam. Sebaik sahaja aku memarkir kereta di depan rumahnya, kelihatan Kak Za sedang membuka pintu keretanya. Aku lantas mendapatkannya . Kak Za memandangku hairan.

“ Assalamualaikum Kak Za..,” aku memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kak Za pantas menyambutnya.

“ Waalaikummussalam..eh..kenapa tiba-tiba Lina datang sini? Kenapa tak cakap kat akak dulu?Akak baru je nak pi tengok Syam..” Pantas Kak Za menyoalku.

“ Sorrylah akak..actually Lina ada hal sikit nak tanya akak?” Soalku teragak-agak walaupun perasaan ingin tahu membuak-buak.

“ Eh, nak tanya apa pulak ni? Tak nak pergi tengok Syam dulu ke?” Kak Za semakin hairan.

“ Erm..nantilah Lina pi tengok..yang penting sekarang ni Lina..,” kata-kataku terhenti seketika .Aku menggigit bibir, tiba-tiba aku jadi serba salah untuk bertanya tentang Syam memandangkan Syam sedang terlantar sakit kini. Rasa tidak elok pula kalau aku bertanya hal ini sekarang.

“ Kenapa ni Lina..cuba cakap kat akak betul-betul, apa yang Lina nak tanya akak sebenarnya ni?” Kak Za sedikit mendesakku . Aku menarik nafas dalam supaya ada sedikit kekuatan aku untuk bertanya hal itu.

“ Siapa Syam sebenarnya kak?” Akhirnya persoalan itu terluah juga. Dahi Kak Za berkerut .

“ Maksud Lina?” Ternyata Kak Za tidak faham maksud soalanku.

“ Macam ni lah kak..sebenarnya semalam Lina nampak ada seorang lelaki dan wanita melawat Syam..dari perbualan mereka..macam diorang ni ibu bapa Syam? Yang Lina peliknya kak, sebelum ni Syam kata dia anak yatim piatu. So, Lina datang sini nak tanya akak, ada sesuatu yang Lina tak tahu ke pasal Syam? Akak mesti tahu pasal ni kan?” Akhirnya aku berani berterus-terang. Aku cuba memasang umpan agar Kak Za menjawab jujur soalanku. Kelihatan riak terkejut terpamer pada wajah Kak Za.

“ Err..mungkin Lina salah dengar kot..,” jawab Kak Za teragak-agak. Matanya memandang ke arah lain. Aku tidak yakin dengan kata-kata Kak Za. Nampak sangat dia sedang menyembunyikan sesuatu dariku.

“ Akak..tolonglah kak..semalaman Lina fikir pasal benda ni sampai tak boleh tidur. Tolonglah kak..explain to me.., who’s Syam actually?” Aku terpaksa mendesak Kak Za. Kelihatan Kak Za serba salah untuk menjawabnya .

“ Kak Za..Lina sayangkan Syam..jadi Lina berhak tahu siapa Syam sebenarnya..,” aku terus mendesak apabila Kak Za masih berdiam diri . Dia semakin serba salah.

“ Erm..macam ni lah..kita masuk dalam dulu. Nanti kita bincang okay..,” kata Kak Za sambil menarik lembut lenganku. Aku akur dengan cadangannya . Benar telahanku, Kak Za memang sedang menyembunyikan sesuatu dari aku. Aku mulai curiga..


----------------------------------------------------------------------------------------


“ Sebenarnya , Syam bukan yatim piatu..,” jawapan Kak Za cukup mengejutkan aku.

“ Bukan yatim piatu? Tapi kak..masa Lina mula-mula kenal dia..Syam cakap dia memang yatim piatu..Apa semua ni kak? Kenapa Syam tipu Lina?” Air mataku hampir menitis kerana terkejut apabila mengetahui bahawa selama ini aku ditipu. Aku menggeleng kepala beberapa kali ,tidak percaya dengan jawapan yang baru aku dengar.

“ Bertenang dulu Lina..dengar dulu apa akak nak cakap..,” lirih suara Kak Za memujukku. Tanganku digenggam erat seperti sedang memberi kekuatan padaku.

“ Dia buat macam tu pun kerana Lina..”

“ Kerana Lina?Apa maksud akak? ” Belum sempat Kak Za menghabiskan kata-katanya aku lebih pantas memintas. Kak Za mengeluh halus .

“ Ye..kerana Lina..Lina masih ingat Farid kan?” Soalan Kak Za kali ini semakin mengejutkan aku.

“ Farid?Farid mana pulak ni?” Aku terpinga-pinga apabila nama itu disebut.

“ Farid, boyfriend Lina masa kat sekolah dulu..ingat?” Aku memandang Kak Za hairan. Macam mana Kak Za boleh tahu siapa teman lelaki aku masa sekolah dulu?

“ Ye. Lina ingat. Jap..macam mana akak tahu? Apa kaitan Syam dengan Farid pulak?” Aku menggeleng kepala tanda tidak mengerti.

“ Sebenarnya..Syam adalah Farid. Nama sebenar dia Farid Faisyam bin Dato’ Fairuz..Akak panggil dia Syam je..Akak ni kakak angkat dia…” Aku terkedu. Aku menutup mulut yang sedikit ternganga kerana terlalu terkejut. Serta-merta air mataku merembes laju membasahi pipi. Seakan tidak percaya kenyataan yang baru aku dengar. Farid? Syam? Anak dato’? Ya Allah..kejutan apa pula ni? Aku harapkan ini semua dusta. Farid bukan Syam. Bukan! Namun, melihat riak wajah Kak Za, sudah cukup membuktikan kebenaran kata-katanya.

“ Kiranya Fad tu nama lain Syam,begitu?” dalam sendu aku masih ingin tahu memandangkan sudah berulang kali nama itu aku dengar.

“ Ye..,” jawab Kak Za sayu. Hatiku bagai ditusuk sembilu..kenapa selama ini Syam menyembunyikan identiti dirinya? Kenapa?!

“ Kak..kenapa dia tipu Lina selama ni kak..kenapa dia tak terus terang pada Lina siapa dia yang sebenarnya? Why?!” Aku menggertak Kak Za. Kak Za terdiam melihat reaksiku yang berubah serta-merta. Aku memegang kepalaku yang berdenyut-denyut sekarang ni. Sakit kepala aku, untuk menerima kenyataan ini..Kalau Syam itu Farid, ternyata dia benar-benar kejam kerana membiarkan aku kecewa selama bertahun-tahun kerana ditinggalkan sepi tanpa berita . Entah mengapa hatiku panas tiba-tiba. Dendam rinduku pada Farid kembali membara.

“ Kalau betul lah Syam tu Farid, kenapa dia tinggalkan Lina dulu? Kenapa kak? Dia tak tahu ke betapa sakitnya hati saya bila ditinggalkan macam tu je?!” Aku terus menggertak. Kak Za mengeluh berat. Esak tangisku semakin kuat kedengaran.Walaupun mungkin ia hanya cinta monyet, tapi cinta itu begitu kuat terpahat di hati sehingga susah untuk aku lupakan.

“ Lina..akak mintak maaf kerana tak beritahu Lina hal yang sebenar. Syam mintak akak rahsiakan hal ini daripada Lina . Dia betul-betul rasa bersalah kat Lina kerana tinggalkan Lina lepas dia ke London dulu..Bukan dia sengaja tapi masa dia kat sana, dia terlibat dalam satu kemalangan dasyat . Syam terselamat tapi selepas tu, dia jadi hilang ingatan..dia tak ingat apa-apa even papa dan mama dia pun dia tak ingat apatah lagi akak atau Lina. Tapi lepas dia balik Malaysia dan berubat banyak tempat, barulah dia dapat ingat semula. Itu pun selepas 4 tahun…,” kata Kak Za sayu. Ada manik-manik jernih mengalir pada pipinya . Aku tergaman. Nafasku seakan terhenti seketika. Ya Allah..Syam..rupa-rupanya Syam sudah cukup menderita selama ini..Aku pula menambahkan lagi penderitaannya..perempuan jenis apa aku ini?! Kak Za memelukku erat sambil menepuk perlahan belakangku seperti memahami kesedihanku.

“ Syam tolak kerja yang papa dia tawarkan dan sanggup jadi cleaner kat syarikat Lina supaya dia selalu rapat dengan Lina .Dia selalu cakap dekat akak yang dia betul-betul cintakan Lina..dia tak sanggup kehilangan Lina..,” sambung Kak Za lagi. Hatiku semakin perit. Syam..kenapa hatimu sungguh mulia? Kenapa kau sanggup berkorban untukku hanya semata-mata kerana cinta? Kenapa Syam…aku merintih di dalam hati..Nama Syam ternyata lebih sinonim dengan diriku berbanding dengan nama Farid kini .

“ Tapi tak sangka , Syam ditimpa musibah lagi..keadaan dia sekarang tak ubah macam keadaannya lepas kemalangan dulu. Akak takut dia hilang ingatan lagi..walaupun akak kakak angkat dia je, tapi akak dah rapat dengan dia dari kecil lagi…,akak tak mahu apa-apa jadi pada dia..” giliran Kak Za pula merintih pilu.

“ Kak..ini semua salah Lina kak..kalau bukan kerana Lina , semua ni tak kan terjadi. Lina yang bersalah!” Aku memegang erat bahu Kak Za. Aku ingin meyakinkan Kak Za bahawa akulah yang bersalah dalam hal ini. Tangisanku semakin kuat bergema..Kesian Farid Faisyam..kerana aku ,hidupnya terseksa. Aku tidak sangka dia masih mempertahankan cinta lama kami yang sudah bertahun lamanya terputus.

“ Lina..jangan cakap macam tu. Bukan salah Lina…Semua ni kerana Hakim. Akak dah cakap awal-awal kat Syam, jangan kerja kat situ tapi dia degil jugak. Akak tak mahu Hakim apa-apakan dia…,tapi sekarang tengok apa dah jadi!” kata-kata Kak Za penuh dengan rasa sesal.

“ Kenapa akak cakap macam tu? Sebenarnya , apa hubungan Syam dengan Hakim?”

“ Hakim tu dah lama berdendam dengan Syam sejak dia belajar kat London dulu..akak tak tahulah apa sebabnya..tapi masa belajar dulu, dia dah banyak menyusahkan Syam! Mungkin kemalangan dulu pun angkara Hakim!” Jawapan Kak Za sekali lagi membuatkan aku terpempan.


p/s : sory lah kalo entry kali ni agak membosankan..lately sy hilang semangat nak menulis..anyway..lot of thanx to all the followers for my blog and the readers..i really appreciate it..=)




  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 13 comments:

    1. whoaaaa..
      orng yg sme..
      ngeeeee...
      kejutan nieh..hhuuhu..
      si hakim taw la spe syam yg sebenarnye slme nieh..
      hhuhu..
      apsal la ngn si hakim tuh..isk2..
      smbung2..

      ReplyDelete
    2. suspen nye..
      suke..suke

      ReplyDelete
    3. hehehe...akhirnya lina tau gak spe syam tuh...
      nie yg tak best nie! hakim tu memang dah lama dendam ngan sya ruper2nyer
      patutla sanggup upah bonzer tuk bantai syam sampai cam tu sklai! tak patut..tak patut...

      paper pun n3 ni pun dah bagus dah..! can't wait to read new n3 from this writer..

      ReplyDelete
    4. ramai yang minat citer tu ya...

      ReplyDelete
    5. mana ad bosan..saya suka2..Yes!kan betul saya cakap syam tu farid heheh...sambung2

      ReplyDelete
    6. Salam ziarah,
      Seronok tul baca kesah ni.
      Sambung, sambung.
      Maaf, blog ini disenaraikan pada Pemaya (K-Q) dalam blog Catatan Santai saya.

      ReplyDelete
    7. tak bosanlah, sambung la lg, jgn tergantung

      ReplyDelete
    8. salam...Org Ganu,

      pelajar dah sedia maklaum perangai cikgunya..
      tu jawapan melawak saja..sengaja dibuat untuk budak gelak je.

      tq sudi singgah..anaklaut

      ReplyDelete
    9. salam..

      terima kasih atas doa anda tu..

      saya sangat hargai.

      ReplyDelete
    10. salam
      kesengalan terserlah,
      teruk kn hakim tu?he..

      anonymous,
      dh bleh agak ek?
      adehh ssh lah nk wat reader keliru ni..

      ijad,
      x de la ramai sgt pn,
      ada penyokong pn dh cukup utk sy
      sy bkn penulis berpengalaman

      suhaidah tan,
      ish pandai betul meneka,
      mmg idea sy nk wat pembaca konpius x jadi r..huhu

      pengasas,
      salam ziarah uncle
      thanx sudi singgah..=)
      xpe,sy x kesah pn

      anonymous,
      baiklah ,sy akan cuba smbg cte ni as soon as possible..dun wory

      anak laut,
      smoga cpt smbuh ye..

      shakira,
      thanx ye..

      bidadari cinta,
      lama x nmpk bidadari cinta,ingatkn cuti..
      pepun thanx a lot..

      anak laut..
      kte org islam kna la sama2 berdoa utk kesejahteraan orang muslim, tol x?

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)