Saturday, July 25, 2009

Cerpen : Kisah Cinta Si Gadis OKU



Aku memerhatikan suasana di sekelilingku yang agak bingit dengan riuh rendah pelajar-pelajar baru sepertiku yang sedang sibuk mendaftarkan diri sebagai pelajar sesi 2009/10 di UiTM Shah Alam. Sesekali aku mengerling jam di tanganku, sudah pukul 1 tengah hari tetapi namaku masih belum dipanggil . Dari pagi hari lagi aku menapak di tempat pendaftaran pelajar baru. Sudah panas punggungku duduk di bangku yang terdapat di situ. Aku mengeluh halus. Rupa-rupanya ramai betul manusia dalam dunia ni ek . Lemas aku dibuatnya . Tujuan aku datang ke sini adalah semata-mata untuk mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang pelukis terkenal suatu hari nanti. Aku tidak akan peduli seteruk mana keadaan diriku sekalipun, yang pasti aku akan meneruskan usaha untuk mengejar cita-cita itu yang telah kuimpikan sejak kecil dengan apa cara sekalipun. Itu janjiku pada diriku sendiri.

“ Nur Umaira Binti Harun,” akhirnya nama aku dipanggil jua.Huh..Aku menarik nafas lega. Lama betul tunggu! Aku segera mencapai tongkat putih yang agak buruk di sebelahku dan perlahan-lahan menggagahkan diri untuk bangun. Fail maklumat diriku aku pegang kemas dalam genggaman. Dengan langkah yang tidak sesempurna orang lain dan hanya berbekalkan tongkat untuk menyeimbangkan diri, aku melangkah perlahan-lahan menuju ke kaunter pendaftaran. Aku perasan ramai orang memandang pelik melihat keadaanku, ada juga yang tergelak sinis melihatku. Namun aku tidak peduli itu semua, kerana bagi aku semua itu sudah biasa aku alami. Aku dah lali dengan cemuhan dan ejekan orang selama ini. Malas aku nak layan .Yang penting, niat aku datang sini untuk belajar.

Sedang aku melalut di dalam hati, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Aku rebah ke lantai dan tongkatku terlepas. Fail yang kupegang terlepas dan isinya terkeluar,kertas bersepah-sepah d atas lantai . Aku mendengus geram. Siapa pulak yang buta ni? Tak nampak ke aku tengah berjalan ni? Aku jalan dengan berhati-hatipun ada jugak yang tak nampak aku. Marahku di dalam hati namun tidak terluah dengan kata-kata.

“ Ops, sorry wak..saya tak sengaja..,” suara garau menerpa ke gegendang telingaku. Dengan wajah geram aku mendongak untuk melihat empunya diri. Aku tergamam seketika melihat kekacakan wajah orang di hadapanku. Handsomenya mamat ni..Aku sedikit ternganga. Sumpah! Sebelum ni tak pernah aku jumpa lelaki sehensem ini. Dia kelihatan kalut .Seketika kemudian dia membantu aku mengemas balik kertas-kertas dalam fail aku .

“ Saya minta maaf banyak-banyak okay..,saya betul-betul tak nampak awak tadi..awak tak apa-apa ke?” kata lelaki itu dengan rasa bersalah sambil menghulurkan fail yang sudah siap dikemas kepadaku . Dari sinar matanya aku dapat rasakan keikhlasannya dalam menutur kata.

“ It’s okay..saya tak apa-apa..,” jawabku malu-malu kucing. Entah mengapa jantungku berdegup kencang apabila bertentang mata dengannya . Pipiku terasa membahang panas. Adakah aku sudah jatuh cinta padang pertama? Namun, aku cepat-cepat sedar diri. Ish, mana mungkin aku jatuh cinta . Aku tidak layak langsung untuk mana-mana lelaki. Jadi, baik aku jangan berangan. Aku pantas mengambil tongkatku dan dengan susah payahnya aku cuba bangkit. Sekali lagi jantungku berdegup kencang apabila lelaki itu memegang bahuku dan membantu aku untuk bangun. Aku cuba menghalang perbuatannya tetapi tidak sempat.

“ Thanx..,” jawabku sepatah lalu terus mengorak langkah perlahan-lahan untuk meninggalkannya .Segan untuk berhadapan dengannya.

“ Wait! May I know your name?” Langkahku terhenti mendengar laungan lelaki itu.

“ Umaira..panggil saya Mira je..,” laju aku menjawab tanpa memandang wajahnya. Entah mengapa aku sungguh malu dengan situasi itu apa lagi apabila melihat banyak mata-mata sedang tertumpu kepada kami.

“ Owh Mira..my name Mustakim..just call me Akim..,” katanya lagi tanpa sempat aku bertanya . Aku memandangnya sekilas kemudian cepat-cepat pandang ke depan . Penangan matanya sudah cukup membuatkan jiwa wanitaku berkocak hebat .


--------------------------------------------------------------------------------------


Akhirnya…berakhir sudah minggu orientasi .Penat betul. Macam-macam aktiviti yang aku lakukan dan pelbagai tugasan berkumpulan aku terpaksa siapkan. Namun begitu, aku sungguh seronok walaupun badanku agak keletihan . Mungkin kerana inilah kali pertama aku berhadapan dengan minggu orientasi. Sebelum ni, mana ada sekolah aku buat.

Pada awalnya, aku sedikit kekok dengan suasana baru yang aku alami. Yelah, selama ni aku kat kampung. Tinggal dengan nenek dalam pondok usang di pinggir sawah padi. Tapi sekarang ternyata aku bukan lagi di rumah nenek, tetapi dalam satu tempat batu yang agak besar . Manusia kat sini pun jauh berbeza dari orang kampung aku . Mereka lebih moden dan pakaianpun agak stylo. Cara mereka berkomunikasi pun agak berlainan. Mereka nampak lebih outspoken dan lebih berkeyakinan .Bukan macam aku, hanya berbaju kurung dan bertudung sarimah je. Cakap pun tak berapa pandai .Tapi minggu orientasi ni sedikit sebanyak membuka minda aku pada dunia luar yang macam-macam ada. Macam-macam yang aku pelajari dalam masa seminggu. Kini, aku tidak sabar-sabar pula untuk memulakan kursus seni lukis di sini iaitu kursus yang aku idam-idamkan selama ini. Mesti best kan?

“ Hai Mira, panjangnya kau termenung . Aku cakap dengan kau pun ,kau tak dengar ek? Penat je aku cakap sorang-sorang..,” rungutan Latifah, kawan baikku sejak di minggu orientasi mematikan lamunanku. Setakat ni hanya Latifah yang sudi berkawan denganku. Orang lain kebayakannya seperti memandang jelek padaku…mungkin kerana kecacatanku menjadi tembok penghalang untuk mereka berkawan denganku.

“ Sorryla Pah, aku saja nak release tension..ye la seminggu kita dok ke hulu ke hilir, nak tidur pun tak sempat..,dengan termenung macam nila aku boleh releks minda..” aku cuba berseloroh .

“ Hah banyak la kau punya releks .Aku ni dah la tengah sakit hati sekarang. Aku nak kemas bilik pun tak sempat lagi tau! Sibuk je memanjang..huh penat-penat! ” Bersungguh-sungguh Latifah bersungut . Aku tergelak kecil melihat cara dia bercakap. Panjang betul muncungnya . Latifah sebenarnya senasib denganku, orang tidak mahu berkawan dengan dia kerana dia agak gempal dan agak kepoh namun dia tak kisah pun dengan semua itu. Dia macam aku jugak,niat dia datang sini hanya untuk belajar, soal kawan bukan satu persoalan besar baginya.

“ Heh Mira, aku tengok mamat yang satu kumpulan dengan kau hari tu asyik dok pandang kau je dari tadi. Ada apa-apa ke?” Aku mengerutkan kening mendengar ulah Latifah.

“ Hah? Mamat mana satu ni?” Aku hairan.

“ Mamat kat hujung sana la..,” Latifah mengahalakan jari telunjuknya ke kiri. Aku menyoroti jari telunjuknya. Aku sedikit terkejut apabila melihat Akim sedang memandangku dari jauh . Dia melemparkan senyuman manis buatku apabila perasan diri sedang diperhatikan. Aku tidak membalas senyuman itu sebaliknya terus memandang Latifah. Jantungku berdegup kencang.

“ Kan betul aku cakap..aku rasa dia suka kau la..,dah lama aku perhati..” kata Latifah separuh berbisik.

“ Hish, mana ada..mengarutlah kau ni!” Marahku namun aku dapat rasakan pipiku membahang panas.

“ Eleh, malu la tu..,aku tak kan mengarut benda yang bukan-bukan beb. Aku mengarut benda betul je..” Latifah sudah tersengeh macam kerang busuk. Aku menjeling tajam padanya. Tapi hatiku semakin lama tidak keruan apabila Akim masih tidak mengalihkan pandangannya ke arahku.

Aku tidak sangka aku akan satu kumpulan dengan Akim semasa minggu orientasi. Nak dibuatnya kebetulan, rupa-rupanya dia mengambil kursus yang sama denganku. Sepanjang minggu orientasi, dia banyak kali cuba menegurku namun kerana kesegananku yang melampau, aku sering kali berdiam diri apabila ditegur. Sesungguhnya aku tidak dapat nafikan bahawa Akim adalah seorang yang sangat peramah dan sangat aktif dalam kumpulan. Kadang-kadang dia ni kelakar juga .

“ Mira..oooo Mira…amboi senyum-senyum nampak. Sah sah kau pun suka dia..muahahaha..,” Aku mengetap bibir. Aduhh, minah ni..ada-ada je la.

“ Mana ada!” Gertakku .

“ Assalamualaikum..,boleh saya duduk? ” aku tersentak apabila tiba-tiba ada lelaki datang menegur . Aku lebih terkejut apabila melihat Akim sedang melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Aku memandang Latifah .Latifah mengangkat keningnya beberapa kali sambil tersenyum sumbing.

“ Boleh-boleh..duduklah..saya pun ada kelas ni..aku pergi dulu ye Mira..,” Latifah pantas berdiri dan meninggalkanku sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Kurang asam Pah! Sampai hati dia tinggalkan aku dengan mamat yang aku tak berapa kenal ni. Aku tersenyum kelat. Akim hanya tersenyum. Aduhh manisnya...

“ Tak sangka kita satu course ye..,” Akim memulakan perbualan.

“ Erm..,” hanya itu yang dapat aku jawab. Lidahku kelu untuk berkata-kata.

“ Awak memang cita-cita nak jadi pelukis ek?” Soalnya lagi.

“ Erm..,” jawabku. Mataku masih memandang ke bawah .Sesaatpun aku tidak berani bertentang mata dengannya. Kedengaran Akim melepaskan keluhan halus.

“ Awak..maafkan saya kalau kehadiran saya menganggu awak..tapi saya betul-betul nak berkawan dengan awak..but can you please..please say something? ” aku termangu mendengar rayuan Akim. Inilah kali pertama dia merayu begini semenjak bertembung dengannya. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menjawab kata-katanya. Entah mengapa aku jadi lemah bila berhadapan dengannya .

“ Saya boleh berkawan dengan awak..tapi awak tak malu ke berkawan dengan orang cacat macam saya?” Aku berkata sayu.Akhirnya aku berani bersuara. Kali ini aku memberanikan diri bertentang mata dengannya. Dia tersenyum lebar. Eh, apasal dia senyum pulak aku cakap macam ni?

“ Owh..hanya kerana sebab tu je awak tak nak berkawan ngan saya ek? Awak ni kelakar la..,” terdengar dia tergelak halus. Aku memandangnya hairan. Aku serius, boleh pulak dia gelak.

“ Saya serius la awak..apa yang kelakarnya?” Soalku geram. Sedikit terkilan dengan reaksinya yang seperti mempermainkan kata-kataku.

“ Awak silap besar la..i’m not that type of person. Saya tak kisah awak macam mana..cacat ke..buta ke..pekak ke..or even kudung semua anggota badan ke..apa yang pasti hati saya kuat mengatakan yang saya nak kenal awak dengan lebih dekat..saya nak kawan dengan awak..so..can we be friend from now on?” Kata-kata Akim lembut menyentuh gegendang telingaku. Aku terharu mendengar kata-kata ikhlas darinya. Jarang ada lelaki yang mahu mendekati aku sebelum ni hanya kerana kakiku kudung sebelah . Kedua-dua belah tanganku pula cacat, tidak sesempurna insan lain. Namun, kali ini aku tidak sangka aku akan bertemu dengan lelaki yang baik hati seperti Akim.

“ Can we be friend?” Akim mengulangi soalannya apabila melihat aku berdiam diri. Aku mengangguk perlahan .Satu senyuman manis aku lemparkan padanya. Tak semena-mena air jernih menitis laju membasahi pipiku dek kerana terlalu terharu .

“ Mira..kenapa nangis ni..I’m so sorry if my words hurt you..i’m sorry kay..,” Akim kaget melihat reaksiku. Dia terus menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku teragak-agak untuk mencapainya. Aku jadi malu sendiri. Alahai..kenapa aku menangis ni..malunya..

“ Tak..bukan sebab awak..saya cuma terharu dengan kata-kata awak tu..tak sangka ada orang yang sudi kawan dengan saya..dengan keadaan saya macam ni..,” suaraku sedikit bergetar.

“ Awak..saya tak mahu awak merendah diri sangat…bagi saya tak ada apa yang kurang pada awak..you are totally perfect for me..,trust me..” kata Akim lembut. Benarkah apa yang dikatakannya? Ke dia saja nak sedapkan hati aku? Namun, kata-kata itu sedikit sebanyak memberi semangat dan harapan kepadaku untuk terus berjuang dalam hidup ini.

-----------------------------------------------------------------------------------


Jauhnya nak ke dewan kuliah. Dengan langkahku yang tersekat-sekat, aku rasakan terlalu lama masa yang aku habiskan untuk ke sana. Justeru, setiap hari aku akan bangun seawal 6 pagi dan berjalan ke kampus pukul 6.30 pagi untuk ke kuliah yang biasanya bermula pukul 8.30 pagi. Walaupun lelah rasanya terpaksa berjalan kaki seorang diri dengan hanya bertongkat namun semangatku yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu melebihi segala-galanya . Bagiku dugaan itu hanya kecil jika dibandingkan dengan dugaan kehilangan ibu bapa ketika aku berusia 3 tahun.

“ Hai cik adik manis…,” aku tidak mengendahkan sahutan dari salah seorang lelaki dari kumpulan pelajar lelaki yang berpelesiran di laluan ke kampus . Bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar mula bersahutan. Dasar lelaki gatal! Getus hatiku. Aku cuba mempercepatkan langkahku, tidak mahu diriku dipersendakan lagi. Semenjak aku menapak di universiti ini, aku tidak habis-habis diganggu oleh kumpulan ‘orang gila’ itu .

“ Alahai adik manis..kenapa laju sangat jalan tu..meh la borak-borak dengan abang dulu…,” langkahku tersekat tiba-tiba. Arif sudah berdiri di hadapanku dengan senyuman penuh makna . Aku mencemik. Ooo, jadi Arif lah kepala ‘orang gila’ di kampusku. Aku cuba menepis halangan tubuhnya namun tidak berjaya.

“ Hei, awak boleh tak ke tepi sikit?!” Gertakku. Aku memandang tajam kepadanya.

“ Amboi garangnya cik adik Mira ni..janganla marah-marah nanti cepat tua..senyumla sikit kat abang, sayang…,” aku geli mendengar kata-katanya. Loya tekakku .Hatiku mula menggelegak kepanasan.

“ Tak ada masa! Hei, awak ni kalau tak kacau saya boleh tak?! Awak datang sini nak belajar ke nak kacau anak orang? Saya mintak tolong..tolong ke tepi!” Entah dari mana datangnya kekuatan untuk menengking lelaki gila itu. Hilang sudah rasa hormatku pada lelaki itu walaupun Arif sangat terkenal di kalangan pelajar perempuan di sini. Walaupun dia merupakan kapten pasukan bola sepak universiti dan merupakan senior aku namun sikapnya yang sungguh menjengkelkan membuatkan aku teramat benci padanya. Dah la berlagak! Aku tak tahulah kenapa lelaki yang tak ada budi bahasa ni dijadikan idola perempuan-perempuan di sini. Buta apa!

“ Oooooiii garangnya dia..Mira..Mira..kau jangan perasan sangat..Kau ingat aku nak sangat kat orang cacat macam kau. Dah la cacat , jual mahal pulak tu.Blah la wei!!” Arif mengherdikku kasar. Wajahku memerah bengang. Hatiku semakin panas. Hina sangatkah aku ni?

“ Aku nak ingatkan kau, kau jangan berani nak herdik aku sesuka hati mak bapak kau je. Kau belum kenal siapa aku! Aku boleh buat apa sahaja yang aku suka termasuklah buat kau berambus dari kampus ni!” Wajah Arif mula berubah bengis. Dia pantas meninggalkan aku membiarkan aku tergaman di situ. Mentang-mentanglah dia anak dekan , sanggup dia mengugut aku begitu. Hatiku terasa amat pedih . Kenapa orang macam aku selalu dipandang rendah. Kenapa manusia-manusia ini suka memperkecilkan aku? Kenapa? Salahkah aku wujud di dunia ini?

Aku seolah-olah boneka bagi mereka. Sampai sekarang,manusia dalam dunia ni masih tidak jemu mengejek dan menghina kecacatan yang Allah kurniakan kepadaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya perlahan-lahan membasahi pipiku. Kalau diikutkan hati , aku tidak sanggup lagi berdepan dengan ini semua. Kalau ikutkan hati sekarang juga aku mahu balik ke kampung, tinggal dengan nenek di rumah usang itu dan bekerja mengayam tikar mengkuang semula. Jadi, tak payah lah aku makan hati bila tinggal di sini. Tidak! Aku tidak boleh mengalah! Aku mesti kuat mengahadapi segala ujian ini. Nenek pernah pesan kepadaku yang Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan beban yang tidak sanggup dipikul oleh hambaNya. Mungkin kecacatan yang Dia timpakan kepadaku sejak lahir ada hikmah disebaliknya .Nenek, Mira janji tak kan kecewakan nenek.


----------------------------------------------------------------------------------------


Aku merenung kosong lukisan abstrak yang baru siap aku lukis . Aku dapat rasakan ada kekurangan pada lukisanku kali ni. Mungkin terhasil dari jiwaku yang berserabut kali ini. Kata-kata Arif pagi tadi tergiang-ngiang di telingaku. Aku cuba menangkis segala rasa pedih dan sakit hati dari bertandang di hatiku namun ternyata aku ni hanya manusia biasa, tidak bisa menghalang hati dari terluka. Air mata mula bergenang di kelopak mata ,terlalu sebak untuk aku luahkan rasa sedih ini. Tiada siapa yang tahu apa yang aku rasa selain Allah S.W.T

“ Mira..awak ok ke?” Aku sedikit tersentak apabila Akim tiba-tiba datang menjengah .Aku cepat-cepat menyeka air mata dan berpaling ke arah lain. Aku tidak mahu Akim melihat kesedihan yang terpamer pada wajahku.

“ Err..saya ok je..awak dah siap ke lukisan awak?” Aku sengaja bertanya supaya Akim tidak mengesyaki apa-apa.

“ Dah..tadi lagi la..tapi kenapa saya tengok awak macam patung je..tak bergerak-gerak. Konpius saya..ingatkan tidur tadi..,” Akim cuba berseloroh. Aku tersenyum kelat.

“ Saya tengah cari ilham la..susah betul nak siapkan lukisan ni..tak ada idea..,” aku cuba mencari alasan.

“ Hurmm sejak bila awak jadi tak ada idea ni..bukan awak kata awak selalu banyak idea ke nak lukis..tapi..saya tengok lukisan awak ni cantik je..,kira ada idea la tu…” kata Akim sambil membelek dengan teliti lukisanku . Dia mengangguk berkali-kali seperti berpuas hati dengan nukilanku.

“ Tak adalah..entah apa-apa je saya buat. Eh, awak dah makan ke?”

“ Belum lagi..lapar la..jom makan!” Aku tergelak mendengar jawapan pantas darinya.

“ Heh awak ni..kalau bab makan cepat je ek..bukan awak baru je makan sejam lepas?” Aku menggeleng kepala. Budak ni kuat makan betul . Tapi badan tak juga besar-besar .Dok macam tu je.

“ Hehehe..well you know me..jom la..dah lunch hour ni..,” Akim terus mencapai beg sandangnya . Aih, betul-betul lapar nampak.

“ Hish..tak sabor-sabor..,” dengusku.

“ Saya tak sabor-sabor nak makan dengan awak sebenarnya..rindulah nak makan sekali. Saya bukannya lapar sangat pun..lapar nak mengurat je..hehe..,” Akim mengenyitkan mata kepadaku.

“ Ahah yela tu….,” jawabku malu-malu. Pipiku membahang panas.

“ Ehehe malu ek?” Akim cuba menyakatku.

“ Mana ada! Dah la tu..banyak songeh pulak dia.Jom jom!” Akim tergelak kecil mendengar jawapanku. Aku pula cepat-cepat mencapai tongkatku . Tidak mahu berlama-lama di situ dengannya. Dahla hanya aku dan Akim yang tinggal di situ. Nanti apa pula kata orang kan. Lebih-lebih lagi aku malu dan segan apabila berduaan begitu. Walaupun sudah hampir setahun kami berkawan , perasaan malu terhadapnya masih menebal . Tak tahula kenapa. Tapi memang aku akui yang aku amat senang berkawan dengan Akim. Walaupun dia orang berada dan merupakan pelajar terbaik dalam bidangku namun dia sangat merendah diri dan tidak pernah memandang rendah pada orang kurang upaya sepertiku,malah dia lebih suka menaikkan martabat kami. Katanya orang sepertiku sebenarnya amat berguna kepada negara. Di mana kegunaannya aku tak tahulah.


-------------------------------------------------------------------------------------


Hujung minggu ni aku habiskan masa bersama Akim. Baru kali ni kami berkesempatan keluar bersama dan buat pertama kalinya aku bersiar-siar di Kuala Lumpur, kotaraya yang ternyata jauh berbeza dari pekan di kampungku. Aku seperi rusa masuk kampung, terasa amat asing apabila berada di situ.Nasib baiklah ada Akim .Akim membawa aku ke pelbagai tempat menarik termasuklah muzium negara kerana katanya di situ banyak sumber ilham untuk meningkatkan kualiti lukisan . Aku tidak banyak membantah asalkan dia bawa aku ke tempat yang kurang tangga dan ada lif seperti kompleks membeli-belah. Maklum sajala, boleh sakit bahu dan kakiku kalau panjat tangga dengan tongkat yang bukan kuat mana pun.

“ Seronok tak hari ni?” Soal Akim sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di bangku yang menghadap tasik Titiwangsa iaitu destinasi terakhir kami.

“ Seronok sangat..saya tak pernah rasa seseronok ni.Thanx wak bawak saya jalan-jalan..,” aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Akim turut membalas senyumanku. Jauh di sudut hati bukan sahaja rasa seronok tapi rasa bahagia bila berdamping dengannya.Kalau boleh aku mahu berada di sampingnya sepanjang masa. Atau lebih tepat, aku telah jatuh cinta padanya. Tapi Akim? Aku tak rasa Akim menganggapku lebih dari sekadar kawan.

“ Itula awak..untung awak jumpa kawan macam saya kan? Tak adalah awak dok berkurung je dalam hostel tu..” kata Akim sambil tersenyum puas. Kawan? Jadi betul lah Akim menganggap aku sekadar kawan.
‘Mira..wake up! Kau tak layak untuk mana-mana lelaki pun!’
‘Tak! Aku juga berhak merasai cinta, aku berhak disayangi!’
‘Kau tak layak..jangan berangan! Mulai hari ni kau mesti jauhi dia..,’
Kata yang terbit dari hatiku mula bertelagah sesama sendiri. Aku bingung .

“ Mira..kenapa diam ni..any problem?” Akim merenung dalam anak mataku tapi aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.

“ Eh, tak ada apa-apa la..saya just penat sikit je..,” jawabku acuh tak acuh. Mana mungkin aku meluahkan rasa hatiku.

“ Yeke..sorry la..sebab saya bawak awak pi banyak tempat ,awak penat. Saya tak ada maksud nak susahkan awak..,” sayu Akim berkata. Ish, apasal dia rasa bersalah pulak? Tak faham aku.

“ Tak la..bukan salah awak..mungkin saya tidur lewat kot semalam. Tu yang jadi penat sangat tu..,” aku beralasan.

“ La…yeke..kesiannya awak..Kalau macam tu jomlah kita balik, lepas tu awak boleh la berehat banyak-banyak. Lagipun dah lewat petang ni..,” ternyata Akim begitu risau melihat keadaanku. Dia mencapai tongkatku lalu dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya sambil tersenyum hambar. Alangkah baiknya kalau Akim tahu yang aku sangat menyayanginya . Alangkah baiknya kalau dia menjadi milikku. Ish, berangan je lebih aku ni.

“ Eh Sal, kau tengok la couple tu..lelaki punya la handsome tapi makwe cacat. Tak sesuai langsung! Eiii nyampah pulak aku tengok!” Telingaku menangkap butir bicara salah seorang gadis yang agak kuat tidak jauh dariku sebaik sahaja aku mahu melangkah pergi .

“ Hisyyyy kau ni..cakap tu pelan-pelan la sikit. Biar jela..asal diorang bahagia..,” rakan gadis itu seakan tidak setuju dengan kata-kata gadis itu.

“ Tapi aku tak sanggup lah nak couple dengan orang cacat..menyusahkan je..tengok tu, nak bawak jalan-jalan pun kena ada orang papah..hish!” Katanya lagi tanda protes. Hatiku pedih mendengar hinaan itu. Ternyata hatiku tidak kuat untuk mendengar cemuhan lagi. Pertahanan jiwaku kini amat rapuh , apa lagi apabila merasakan yang cintaku hanya bertepuk sebelah tangan.

“ Heh korang ni tak ada kerja lain ke selain mengumpat orang!” Aku terkejut apabila Akim tiba-tiba terpacak di depan mereka. Tidak sangka pula perbualan mereka Akim dapat dengar juga. Mereka terdiam.

“ Korang ingat sikit, cacat ke tak someone tu Tuhan yang bagi. Korang ingat korang tak cacat, korang bagus sangat? Korang sebenarnya lagi teruk dari diorang..korang tu cacat hati! Suka-suka hati je nak hina orang…korang cermin la diri korang tu dulu..cantik sangat ke minah-minah sekalian oiii??” Tajam sindiran yang Akim lontarkan. Aku terkedu. Tidak sangka langsung Akim akan mempertahankan diriku. Mereka menjeling-jeling pada Akim. Seketika kemudian, mereka tergesa-gesa meninggalkannya .

“ Awak..betul apa yang diorang cakap..saya tak layak berkawan dengan awak. Saya hanya menyusahkan awak..,” dadaku terasa sebak. Aku tekad hari ni aku akan pastikan aku tidak lagi berkawan dengan Akim.

“ Apa yang awak cakap ni? Saya tak pernah anggap awak menyusahkan. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak..,” Akim memujukku. Mungkin memahami yang hatiku benar-benar terguris kini.

“ Akim, saya harap lepas ni awak jangan cari saya lagi. Jangan kawan dengan saya lagi. Cukupla setakat ni. See you next time..,” tanpa menoleh kepada Akim ,aku terus menghayun langkah untuk berlalu dari situ. Cukuplah setakat ni persahabatan kami.

“ Mira..please don’t do that..i don’t care about what people talk about you..i just want to be your friend..,” Akim mula merayu. Perkataan ‘friend’ semakin menambahkan sebak dihatiku.

“ Akim! Please listen to what I’ve told you..please..please..and please ! Kenapa awak susah sangat nak faham?!” Aku terpaksa menengkingnya untuk membangkitkan kemarahannya terhadapku.

“ Yes, too hard to understand you! Awak tak tahu ke apa yang saya rasa?!” Aku terkesima apabila giliran Akim pula menengkingku.

“ Ye saya tahu..awak rasa saya menyusahkan kan? Betul kan?” Mataku sudah berkaca. Aku tahu hanya itu yang Akim rasa saat ini.

“ Yes..awak memang menyusahkan!” Aku sekali lagi terkedu mendengar jawapan itu. Sungguh tepat sekali.

“ Ok fine!” Air jernih mula merintik laju. Bagus juga Akim mengaku yang aku ni hanya menyusahkan dia. Jadi, tak perlulah aku bergantung harap padanya lagi.

“ Awak menyusahkan saya untuk melupakan awak .Saya cintakan awak Mira..I love you so much!” Duniaku seperti gelap seketika mendengar ucapan itu. Benarkah apa yang aku dengar? Atau ini semua hanya ilusi?

“ Akim..please don’t make joke..,” suaraku bergetar kerana terlalu terkejut.

“ No..I’m not joking..Listen to me..I really love you with full of my heart..sejak hari pertama saya jumpa awak, saya dah jatuh cinta pada awak. Saya tak kisah macam mana keadaan awak sekalipun..yang pasti..I want you to be with me forever..,trust me Mira..sudikah awak jadi kekasih saya? ” matanya berkaca semasa menuturkan kata-kata itu. Aku tercengang. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus aku perkatakan lagi. Yang pasti sinar bahagia mula terpancar dalam hatiku.


--------------------------------------------------------------------------------------


Aku langsung tidak menyangka yang aku akan menjadi kekasih hati Akim, lelaki idamanku selama ini. Dengan sekelip mata, dia sudah menjadi milikku. Tapi, akan kekalkah kebahagiaan ini ? Selagi kami belum dihubungkan dalam satu ikatan yang sah, selagi itulah hubungan ini belum pasti lagi hala tujunya.

“ Assalamualaikum sayang..,” tegur Akim yang baru sahaja datang ke kafĂ© kampusku. Hurmm..tepat pada masa. Ternyata Akim masih kekal dengan sikapnya yang sangat berdisiplin dengan masa.

“ Waalaikumussalam..wahh..berseri-seri hari ni..ada apa-apa ke?”

“ Mestila ada..actually saya nak bagi awak something special ni..,” kata Akim dengan suara yang cukup lembut sambil mengangkat kening.

“ Eh, pagi-pagi hari dah nak buat surprise..mananya?” Soalku tidak sabar-sabar.

“ Amboi..tak sabar-sabar nampak..,” Akim menyakat.

“ Mana ada..saya tanya jela..”

“ Tapi sebelum tu sayang kena tutup mata dulu..”

“ Hurmm awak ni..ada-ada jela..dah saya dah tutup..” Hatiku berdebar-debar untuk mengetahui benda apa yang ingin disampaikan. Suspennya!

“ Ok, boleh bukak mata sekarang..taraaa!!! Just for you honey..” aku terus membuka mata . Saat ni, aku tergaman melihat satu set barang kemas Habib Jewel berada di hadapanku. Aku bermimpikah?

“ Apa semua ni?” Soalku seakan tidak percaya .Mana mungkin aku menerima hadiah semahal ni.

“ Ini hadiah sebagai lamaran saya untuk awak. Sudikah awak jadi isteri saya?” Aku menggeleng kepala tidak percaya .

“ Akim..kenapa cepat sangat? Kita kan masih belajar lagi..And..kenapa awak terlalu cepat beli ni semua? Mahal pulak tu..saya mana layak terima..,” aku masih bingung dengan apa yang berlaku.

“ Wowowo..satu-satula..banyak pulak awak tanya ek. Lah ramai apa yang kahwin masa belajar..that's not the matter lah .Pasal duit tu, for me...wang ringgit bukan ukuran cinta saya pada awak..yang penting hati saya..hati saya cakap yang saya cintakan awak now and ever..so please accept this honey..,” romantis sungguh Akim menuturkan kata. Melihat senyuman Akim yang penuh mengharap membuatkan aku serba salah . Aku sendiri tidak pasti, patutkah aku terima lamarannya padahal aku baru 3 bulan bercinta dengannya. Macam nak kahwin coboy je bunyinya. Cepat sangat!

“ Akim!!” Lamunanku melayang entah ke mana apabila tiba-tiba datang seorang gadis cantik seusia denganku di meja makan kami.

“ Hana..what are you doing here?” Akim nampak kaget .

“ Ooo ini rupanya kerja you ye..patutlah you putuskan pertunangan kita. Rupa-rupanya sebab betina cacat ni!” Mulutku sedikit ternganga mendengar sergahan itu. Putuskan pertunangan? Apa maksud gadis ini?

“ Akim, what happen? Apa maksud semua ni? ” Aku menyoal Akim dalam keadaan terpinga-pinga. Aku mula mengesyaki sesuatu.

“ Mira, saya boleh jelaskan hal ni..hold on okay..,” Akim semakin panik, apa lagi apabila melihat ramai pelajar di situ sedang memberi tumpuan kepada kami.

“ Hei betina! Kalau kau nak tahu, dulu Akim ni tunang aku. Tapi sebab kaulah, dia putuskan pertunangan ni. Hei! Kau sedar la diri sikit. Eiii dahla kaki kudung, tangan cacat! Bawak tongkat buruk pulak tu..geli aku tengok! Entah apa la Akim berkenan sangat kat kau ni..harapkan muka je lawa tapi cacat!!”
Satu tamparan hebat dari gadis itu hinggap di pipiku sebaik sahaja gadis itu menghabiskan kata-katanya. Pipiku terasa perit. Berdesing telingaku mendengar hinaan itu.

“ Hana!! Stop it! I nak you berambus dari sini sekarang!!” Suara nyaring Akim bergema di setiap pelosok kafe itu. Aku pula seperti patung, masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“ Okay fine! I akan pergi dari sini. Tapi you kena ingat, I akan pastikan you dengan betina tak cukup sifat ni merana seumur hidup! I promise!” Hana menekankan kata-katanya .Bicaranya jelas berbaur dendam yang tiada berkesudahan. Kemudian, dia berlalu dari situ.

“ Mira..maafkan saya..saya..,”

“ Sudahlah Akim..tak sangka awak tipu saya salama ni. From now on..our realationship is over!” Aku melemparkan hadiah yang Akim berikan tadi ke dadanya. Dengan susah-payah aku pergi meninggalkan Akim.

“ Mira! Dengar dulu penjelasan saya!” Aku menepis kuat Akim yang cuba menghalang langkahku. Hatiku kini seolah-olah dilanda tsunami hebat . Dunia ini terasa bergegar .Ya Allah..salahkah aku dilahirkan begini? Aku tak pinta dilahirkan begini..Akim..tak sangka dia sanggup menipuku. Aku ingatkan dia tidak sama dengan lelaki lain , rupa-rupanya dia lebih teruk dari itu. Hatiku benar-benar hancur kini. Seperti tiada apa lagi yang tinggal untuknya.


--------------------------------------------------------------------------------------


“ Mira..dah la tu..sampai bila kau nak macam ni..yang dah sudah tu sudah la..,” Latifah memeluk bahuku lembut, cuba mententeramkanku.

“ Pah..aku tak sangka dia tipu aku…,” aku merintih hiba. Sudah berapa kali aku cakap benda sama pada Latifah. Tidak dapat bayangkan betapa remuknya hatiku saat ini.

“ Ye..aku tahu..tapi kau belum dengar lagi penjelasan dari dia..mana kau tahu dia tipu kau..,” kedengaran Latifah cuba membela Akim. Aku merengus geram.

“ Pah..kalau dia tak tipu aku..mesti dia cakap awal-awal yang dia dah bertunang. Jadi, tak ada lah aku mengharapkan dia sangat. Betul la kata orang, aku ni cacat, tak layak untuk lelaki macam Akim. Aku rasa aku patut terima balasan macam ni kerana tak percaya kata-kata diorang..,” tangisanku semakin kuat bergema.

“ Mira..kenapa cakap macam tu..tak salah kalau kau nak bercinta dengan siapa-siapa pun .Kau pun manusia, punya hati dan perasaan .Aku ingat lagi masa kita mula-mula kenal dulu, kau pernah cakap kat aku yang kau tak kan peduli apa orang cakap pasal kau. Kau datang sini semata-mata nak belajar kan? So, sekarang kau lupakan dulu pasal ni buat sementara waktu demi exam final bulan depan..,” pujukan Latifah sedikit sebanyak melegakan hatiku. Ya Allah, rupanya selama ni aku jauh menyimpang dari matlamatku yang sebenar. Aku datang sini untuk belajar demi mencapai cita-citaku yang satu tu, bukannya datang untuk bercinta.

“ Thanx Pah kerana sedarkan aku..,” jawabku ringkas. Latifah memelukku erat untuk menenangkan hatiku. Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu ini..


-------------------------------------------------------------------------------------


Sudah berminggu Akim cuba merayu dan memujukku dengan pelbagai cara termasuklah menghantar sms, beri hadiah bunga setiap hari, kirim surat dan bertemu depan-depan denganku namun pujuk rayunya langsung tidak aku endahkan. Sekali aku dah terluka, amat susah untuk menyembuhkannya. Aku sudah tidak percaya kepada mana-mana lelaki lagi kini .Cukuplah apa yang Akim dah buat padaku.

“ Mira! Mira!” Aku yang sedang sibuk melukis di taman universiti tersentak apabila mendengar namaku dilaung kuat. Dari jauh kelihatan Mamat, teman sekuliahku sedang berlari ke arahku dengan langkah yang termengah-mengah.

“ Mamat, ada apa ni? Kenapa awak macam kena kejar hantu je?” Soalku hairan.

“ Akim..dia..dia..,” nafasnya tersekat-sekat menahan semput di dada.

“ Kenapa dengan Akim?” Aku mulai cemas. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk sedang menimpa Akim.

“ Dia kena belasah. Sekarang dia pengsan kat belakang bangunan kuliah!” Aku terpempan mendengar berita itu. Berus cat dalam tanganku terlepas. Aku menekup mulut dek terlalu terkejut. Tanpa berfikir panjang, aku terkocoh-kocoh meninggalkan Mamat dan terus ke tempat yang dikatakan.

Sebaik sahaja aku tiba di situ, suasana agak sunyi. Aku mencari kelibat Akim namun tidak kelihatan. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul ke Mamat ni? Tak ada pun Akim.

“ Hai Mira..,” suara garau itu begitu dekat dengan gegendang telingaku. Aku terus menoleh ke belakang. Aku harap orang itu adalah Akim.

“ Arif ? Apa awak buat kat sini?” Aku bingung. Macam mana Arif boleh berada di sini. Mana Akim? Aku berasa tidak sedap hati, seolah-olah sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

“ Abang nak jumpa Mira la..I miss you so much sayang..,” katanya lembut. Tangannya mula merayap pada wajahku. Aku menepis kasar.

“ Apa ni! Mana Akim?” Aku cemas apabila melihat dia semakin merapatkan dirinya denganku .

“ Owh..Akim ye..mana ada Akim kat sini..Abang Arif je ada..,” dadaku bagaikan mahu pecah apabila Arif tiba-tiba memelukku erat. Tongkatku terlepas dan badanku mula hilang keseimbangan . Aku tidak bisa berjalan untuk melarikan diri. Aku diperangkap!

“ Heh apa ni! Lepaskan saya!” Aku cuba meronta namun sejauh manalah kudratku yang cacat ini. Badan sasanya ternyata jauh lebih kuat dariku. Dia menolak badanku rapat ke dinding bangunan . Tudungku ditarik kasar sehingga menampakkan rambutku yang panjang mengurai. Pipi dan leherku dicium penuh berahi dan tanpa sempat aku mengelak bibirku pula menjadi mangsanya. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.. Kudratku sungguh lemah untuk menghalang perbuatannya .Aku hanya bisa menangis dan menangis saat ini.

“ Mira!” Pelukan pada tubuhku dilonggarkan sedikit apabila tiba-tiba ada suara kasar menyahut namaku.

“ Akim?!” Aku ingin berlari mendapatkannya namun aku tidak gagah untuk berlari .Akhirnya aku rebah ke bumi apabila Arif melepaskan aku. Akim hanya memandangku kosong tanpa berbuat apa-apa. Terdapat riak kecewa pada wajahnya.

“ Jadi ni la kerja awak ye? Patutla awak reject saya..rupa-rupanya awak dah ada lelaki lain? Lepas tu buat maksiat kat sini pulak ye..tak sangka..betul-betul tak sangka..saya ingatkan gadis cacat macam awak ni baik rupa-rupanya awak lebih teruk dari pelacur! Betul la cakap orang selamani yang awak tak layak langsung untuk saya! Awak bukan cacat anggota tapi hati dan imanpun cacat jugak! ” Luruh jantungku mendengar kata-kata kesat yang terluah dari mulut Akim sendiri. Aku menggelengkan kepala cuba menafikan kata-katanya.

“ Akim..awak silap Akim..saya tak macam awak fikir..saya terperangkap..Arif yang perangkap saya..” aku cuba mempertahankan diriku. Aku harap Akim faham akan situasiku.

“ Arghhh!! Sudah! Saya dah tak percaya awak lagi! Mulai hari ni, awak jangan risau, saya tak kan kacau hidup awak lagi. Biar jela awak nak jadi pelacur ke bohsia ke..saya tak kisah dah!! Boleh blah lah! ” Amukan Akim semakin menjadi-jadi. Aku terdiam tidak terkata. Sampainya hati kau Akim kata aku macam tu…hanya tangisan tidak berlagu menghiasi wajahku. Aku tidak mampu merubah perkara yang sudah berlaku. Aku hanya bisa melihat Akim pergi meninggalkan aku terkapai-kapai di situ.

“ Fiuuhh..what a good drama..so sekarang tugas aku dah selesai..good bye honey…,” kata Arif selamba tanpa sedikitpun rasa bersalah.Dia tersenyum puas. Dia mencapai jaketnya dan kemudian meninggalkan aku seorang diri di situ setelah apa yang dia lakukan padaku.

“ Tak guna!! Dasar orang gila!” Aku meraung. Air mata semakin deras mengalir. Kedengaran tawa sinis Arif melihat keadaan aku begitu. Ya Allah..Mengapalah malangnya nasibku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa sempat aku menghalangnya. Kenapa nasib aku seteruk ini? Aku sudah kehilangan segala-galanya termasuklah kesucian dan cintaku.


-------------------------------------------------------------------------------------


Aku merenung kad berwarna pink di hadapanku. Hatiku semakin terluka membaca nama yang tertera di kad itu.

‘ Jemputan ke Kenduri Perkahwinan’
Hana & Akim

Kad itu aku koyakkan sehingga hancur berkecai menjadi cebisan kecil lalu aku campakkan di tong sampah. Akim memang kejam! Sampai hati dia buat aku begini. Mana hilang janji setianya untuk mempertahankan cintaku walau apa yang berlaku? Mana?! Masih segar dalam ingatanku pertemuanku dengannya sehari sebelum aku menghabiskan pengajianku di sini.

“ Mira, saya ada hal nak cakap dengan awak…,” kata Akim dengan nada serius. Tiada segaris senyuman pun terukir di bibirnya. Walaupun hatiku masih terasa ngilu dengan perbuatannya terhadapku, namun rasa rinduku yang membuak-buak membawa aku untuk bertemu dengannya.

“ Hal apa..cakap la..” Jauh di sudut hatiku, mengharapkan Akim meminta maaf denganku dan menagih kembali cintaku.

“ Bulan depan, saya akan kahwin…,” katanya straight to the point. Aku terkedu. Ternyata harapanku untuk mendengar perkataan ‘maaf’ dari bibirnya berkecai sebaliknya digantikan dengan rasa sedih yang amat sangat.

“ Owh yeke..kahwin dengan siapa?” Aku cuba berlagak tenang. Tidak mahu menjadi seorang yang mudah melatah dengan situasi itu.

“ Hana..ini kadnya..,jemputlah datang ke kenduri tu nanti ye..” Wajahnya kelihatan selamba seperti tiada apa yang berlaku semasa menghulurkan kad itu. Aku sebak. Aku teragak-agak menerimanya.

“ InsyaAllah..,” aku dapat rasakan suaraku bergetar menahan sebak. Aku terpaksa menerima kenyataan yang kisah cintaku sudah berakhir walaupun hatiku terasa perit sekali.

“ Mira..kau dah siap ke?” Aku terus menyeka air mataku apabila Latifah tiba-tiba muncul di situ. Lamunanku melayang begitu sahaja.

“ Dah...” Jawabku dalam sebak.

“ Mira..kau menangis lagi ke? Dah la tu..benda yang lepas biarlah lepas. Kau menangis macam ni pun bukan boleh ubah keadaan..anggaplah ni semua dugaan hidup yang terpaksa kau telan,” Latifah menepuk-nepuk bahuku. Dia bersungguh-sungguh mahu menenangkanku.

“ InsyaAllah Pah…aku akan cuba lupakan benda ni..,” jawabku dengan esak tangis masih kedengaran.

“ Ha..macam tu la kawan aku..dah dah..jom kita bertolak .Nanti bas kau terlepas pulak..” Aku mengangguk lesu. Aku mendapatkan beg galas dan beg pakaianku di atas katil.Hari ni adalah hari terakhir aku di universiti ini yang penuh dengan kenangan suka duka . Aku akan pastikan aku tidak kembali lagi ke sini selain untuk konvokesyen .Selamat tinggal UiTM..


--------------------------------------------------------------------------------------


Setahun berlalu…

“ Kau pasti ke dengan keputusan kau nak further study kat Australia?” Soal Latifah yang sedang tekun memandu untuk menghantarku ke lapangan terbang KLIA .

“ Kenapa tak pasti pulak. Kan kau dok hantar aku ni..kau ni jangan buat lawak lah..,” aku tergelak mendengar soalan Latifah.

“ Tak adala..kau pergi sana bukannya sekejap. 4 tahun beb..boleh ke kau hidup sorang kat sana?” Ternyata Latifah sungguh risau denganku.

“ Pah..macam la aku tak pernah bawak diri sorang-sorang.Dulu masa aku kat UiTM , aku sorang-sorang je..so I think, that’s a small matter lah..,” jawabku selamba.

“ Hurmm..aku tahu..salah satu sebab kau pergi sana sebab nak lupakan kenangan kau dengan Akim kan?” Latifah cuba menyerkap jarang.

“ Erm..lebih kurang la..aku masih tak boleh lupa apa dia buat kat aku…,” jawabku sayu. Walaupun sudah hampir setahun perpisahan kami, namun kenangan pahit manis bersamanya masih segar di ingatan. Ahh buat apa aku nak fikir lelaki yang sudah jadi suami orang.Buat semak otak je.

“ Dahla tu Mira..lupakan je..aku harap bila kau pergi sana kau dapat pulihkan hati kau tu. Tapi kau jangan lupa aku pulak ye..,” kata Latifah dalam sebak. Sedih untuk berpisah denganku. Selama 4 tahun kami berkawan baik, hari ni kami terpaksa berpisah.

“ Aku harap macam tu jugak. Don’t worry Pah..aku tak kan lupakan kau sampai bila-bila especially pada pipi kau yang gebu ni . Nanti susahlah aku nak cubit pipi kau..,” aku berseloroh.

“ Heh, jahatnya kau! Kau ingat pipi aku tak ada insuran ke nak cubit sesuka hati?” Aku ketawa mendengar jawapannya.


---------------------------------------------------------------------------------------


5 tahun kemudian..

Aku memerhatikan satu persatu lukisan-lukisan hasil tanganku yang tergantung rapi dalam galeri seni milikku. Aku mengangguk tanda berpuas hati. Berkat kesungguhan dan ketabahanku dalam mencari ilmu, akhirnya aku berjaya mencapai cita-citaku untuk menjadi pelukis terkenal .Kini, aku membuka galeri sulungku di Sydney . Tak sangka orang di sini suka akan hasil nukilanku , malah ada yang sanggup menghabiskan berpuluh ribu Australian dollar supaya aku dapat melukis lukisan yang mereka inginkan. Sungguh tak sangka galeri aku mendapat sambutan yang agak luar biasa. Di Malaysia, aku tidak tahulah macam mana penerimaan rakyat Malaysia.

“ Miss, can I buy this portrait?” Tegur seorang pelangganku yang datang menyapaku tiba-tiba.

“ Yes..sure..,” aku terus menghadap pelanggan itu sambil tersenyum. Senyumanku mati apabila melihat lelaki yang sudah lama terkubur dari memoriku sedang berdiri di hadapanku.

“ Akim! What are you doing here?” Aku terkejut melihat kehadirannya di situ. Aku sedikit kekok untuk berhadapan dengannya kali ini. Namun begitu, aku seolah-olah sudah tidak ada apa-apa perasaan lagi apabila melihatnya. Tiada lagi rasa cinta padanya. 5 tahun aku gunakan untuk melupakan cintaku terhadapnya.

“ I’m looking for you..tak sangka awaklah pelukis terkenal Australia yang heboh di serata dunia lately..,” katanya dengan suara mendatar . Aku tersenyum hambar.

“ Well..kenapa? You tak sangka yang orang cacat macam saya boleh berjaya?” Aku menyindirnya. Aku tidak dapat nafikan yang rasa sakit hati masih bersisa dalam hatiku.

“ Tak..bukan tu maksud saya..,” wajah Akim kelihatan bersalah. Aku hanya tersenyum sinis.

“Erm..awak makin cantik sekarang ek..tak pakai tongkat dah..”
Apa-apa jela mamat ni. Apa kes nak puji aku? Aku tidak pakai tongkat kerana aku sudahpun melakukan pembedahan plastik dan kini memakai kaki palsu. Jadi, aku tidak perlu risau untuk ke mana-mana..Cuma tidak boleh berlari je.

“ Erm..do you want this portrait?” Aku cuba mengalih topik perbualan.Ditambah pula dengan rasa rimas apabila dia merenungku tidak berkelip .

“ I just want you…,I still love you honey..” katanya sayu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengahalang kenangan pahit itu dari menjengah ke benakku lagi.

“ I’m sorry.. I don’t want to talk about us anymore..itu cerita lama okay..,” aku mendengus geram. Apa tujuan dia datang sini? Tak kan semata-mata kerana nak cakap pasal ni?

“ Mira.. saya tahu saya salah. I’m so sorry okay..Saya betul-betul rasa bersalah lepas dapat tahu yang Arif dan Hana sebenarnya berpakat untuk pisahkan kita..saya mintak maaf Mira..betul-betul mintak maaf..,saya tak patut tuduh awak bukan-bukan dulu…saya betul-betul menyesal sekarang.. ” Perkataan maaf bagiku sudah terlambat untuk diungkapkan saat ini.

“ Hurmm..so awak nak saya buat apa? Kembali pada awak? Awak kan dah ada isteri, buat apa awak nak cari saya?” Kataku dengan nada lembut dan selamba tapi cukup pedas kedengaran.

“ Dia dah lari ikut jantan lain. Mira..saya betul-betul nak kita sambung balik hubungan kita yang terputus dulu..please Mira..,saya tak boleh hidup tanpa awak..” rayuannya langsung tidak berbekas di hatiku..

“ Senangnya awak cakap ek. Awak tak tahu betapa hancurnya hati saya dulu..Segala-galanya sudah terlambat Akim. Kita tidak mungkin bersama..”

“ But why?” Akim langsung tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“Actually saya…”

“ Honey..what are you doing here?” Aku menarik nafas lega apabila Lokman datang di sini saat ini . Selamat aku, tak payah nak bersoal jawab dengan Akim yang tak faham bahasa ni.

“ Mira tengah layan kawan lama Mira ni ha....dia baru je sampai sini..” Aku berterus-terang, tidak mahu berselindung.

“ Owh really? Nampak macam orang Malaysia..Are you from Malaysia?” Lokman menghulurkan salam untuk bersalam. Akim teragak-agak untuk menyambutnya. Wajahnya kelihatan cukup hairan melihat kehadiran Lokman di situ.

“ Yeah..,err sorry..boleh saya tahu siapa ni?”Akim memandang aku dan Lokman silih berganti. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya.

“ Abang..kenalkan kawan Mira, Akim..and Akim..this is my husband, Lokman..,” belum sempat Lokman membuka mulut aku lebih pantas menjawab. Mata Akim buntang mendengar jawapanku. Ternyata dia sungguh terkejut dengan kenyataan yang tidak di duga. Wajahnya semakin kelat apabila melihat Lokman merangkul erat pinggangku. Terdapat riak kecewa pada wajahnya. Namun, semua itu aku tidak peduli kini kerana aku sudahpun mempunyai suami yang sah yang aku kahwini 2 tahun lepas .

“ Erm..saya minta diri dulu ye..saya ada hal sikit,” suara Akim bergetar. Jelas kelihatan Akim seperti sudah hilang arah.

“ Okay..,” Jawabku sepatah. Dia melangkah lesu keluar dari galeriku. Aku tahu dia kecewa namun kekecewaannya tidak mampu menampung rasa kecewaku apabila cinta yang aku tanamkan dalam diriku sewaktu ketika dahulu dikhianati.

“ Itu ke Akim, ex-boyfriend sayang dulu?” Aku tersentak apabila Lokman mengajukan soalan itu . Tak sangka Lokman masih ingat cerita aku sebelum dia mengahwiniku dulu.

“ Yeah..,” jawabku teragak-agak. Antara kami, tiada lagi rahsia kerana bagi aku Lokman berhak tahu kisah silamku memandangkan dia sudah pun menjadi suamiku.

“ Owh I see..,” Lokman terdiam seketika. Aku mulai risau. Aku risau jika dia marah dengan kehadiran Akim di situ.

“ Abang marah ke? I’m sorry..Mira tak pernah cakap kat dia yang Mira ada kat sini. Tak tahulah macam mana dia boleh jumpa Mira . Mira mintak maaf ye..,” kataku sambil meraba lembut pipi suamiku.

“ Eh tak ada apa-apalah…buat apa abang nak marah. Abang tahu, hati sayang sepenuhnya milik abang kan?” Kata suami dengan senyuman manis terukir di bibir.

“ Tahu tak apa..,” aku tergelak kecil .Lega hatiku mendengar jawapan itu.

“ I’m yours sayang..even what ever happen now or later..I will always be with you..I love you honey..” Aku tersenyum lebar mendengar bicara romantis yang begitu mendalam maknanya buatku.

“ Yeah I know la walaupun abang tak cakap..” Aku mencuit hidung Lokman yang mancung kemudian kami sama-sama tergelak bahagia. Akhirnya aku menemui kebahagiaan yang aku cari selama ni. Sebenarnya Lokman merupakan rakyat Malaysia yang menetap di sini sudah lebih 10 tahun. Aku bertemu dengannya ketika kami sama-sama menuntut dalam bidang kesenian di University of Sydney . Tidak pernah terfikir dalam mindaku untuk bercinta buat kali kedua setelah kecewa dengan cinta pertama. Tapi Allah Maha Besar, Dia yang menentukan jodohku dengannya . Semua itu ketetapan Ilahi. Ternyata setiap apa yang berlaku ada hikmahNya .

Baru kini aku tahu ,hanya Lokman satu-satunya lelaki di dunia ini yang sangat perihatin terhadap nasibku, dia ikhlas mencintaiku walau apa pun yang berlaku. Walaupun Lokman tidak lah sekacak mana tapi keihkhlasannya dalam mencintaiku lah yang membuatkan aku terbuka hati untuk menerimanya. Apa yang pasti dia adalah cinta terakhirku…Hatiku kini miliknya sepenuhnya. Aku bersyukur pada Yang Esa kerana mengurniakan aku seorang suami yang cukup penyayang dan romantis serta memahami hatiku serta mampu memberikan kekuatan kepadaku untuk terus berjuang dalam hidup ini. Alhamdulillah….
Selamat tinggal Akim..wahai cinta lamaku..Biarkan cinta itu terbang dipuput angin Laut Pasifik..

12 comments:

  1. Sedihnyer cte ni..huhu
    tapi baguslah, akhirnya Mira jumpa cinta sejatinya
    kita tak sepatutnya pandang rendah pada golongan kurang upaya ni..diorang pun manusia macam kita..
    good job! karya org ganu tak pernah mengecewakan. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Sedihla cerpen ni
    tapi nasib baik happy ending
    teruskan berkarya ye

    ReplyDelete
  3. best lah citer ni...tak patut akim tu...harap je hensem...huhuhuhu...gud job...

    ReplyDelete
  4. nice story
    ade pngajaran jga crita ni
    dan mudah untuk difahami

    ReplyDelete
  5. "biarkan cinta tu terbang di puput angin laut pasifik.." ayat yang paling best..!

    ReplyDelete
  6. salam awk..bez sngat cerita ni..Kejam lah yg mengutuk org2 oku ni..Padahal mereka kn ciptaan Allah juga..Padan muka akim tulah pcaya sngat..anyway saya suka sngat cerpen ni..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)