Thursday, June 25, 2009

Tidak Seindah Mimpi 17



Aku resah. Beberapa kali aku duduk bangun dari katilku dan kemudian berjalan mundar-mandir di situ. Aku melurut rambut ke belakang . Aku benar-benar buntu sekarang. Lamaran Syam yang langsung tidak aku duga tempoh hari cukup menyesakkan dadaku. Benarkah Syam ikhlas dengan kata-katanya? Ikhlaskah dia untuk mengahwiniku demi jasad yang bernyawa dalam rahimku? Adakah aku akan bahagia dengan perkahwinan ini? Aku menghembus nafas kasar. Entah kenapa terlalu berat untuk aku terima lamaran itu walaupun aku tahu ia adalah untuk kebaikan aku jugak . Yang paling merunsingkan aku, boleh ke aku hidup dengan orang yang tidak aku cintai? Dan adakah Syam boleh mencintaiku sepenuh hati?

Jauh di sudut hatiku, aku tidak mahu lagi menyusahkan Syam, aku tidak mahu Syam hidup terseksa bersamaku kelak dan aku juga tidak mahu Syam mendapat malu jika berkahwin denganku. Syam sudah banyak berkorban untuk aku, aku pula terlalu banyak kali melukai hati Syam. Syam terlalu baik bagiku, tidak sepadan denganku yang terlalu banyak dosa silam. Syam masih muda..aku tahu dia boleh mendapatkan gadis yang lebih berhati mulia berbanding denganku .Persoalan dan pertelagahan dalam diriku membuatkan aku sakit kepala, pening aku memikirkannya.Ya Allah Ya Tuhanku, apa perlu aku lakukan sekarang? Kenapa susah sangat aku hendak menerima lamarannya?

“ Lina..,” sapa Fatin tiba-tiba .Aku terus berpaling ke arahnya . Kelihatan Fatin masih memakai baju tidurnya. Baru bangun tidur agaknya.

“ Fatin..kau tak kerja ke hari ini?” Soalku hairan. Aku ingatkan Fatin sudah pergi kerja kerana kebiasaannya dia akan pergi awal-awal pagi lagi.

“ Hai Lina..kau dah lupa ke? Hari ni kan hari sabtu..mana kerja..,” kata Fatin sambil tergelak kecil.

“ Sory..aku lupa..,” aku tersipu malu. Aku betul-betul lupa hari ini hari minggu.Maklumlah aku sudah berhenti kerja semenjak berjumpa dengan Encik Hakim. Aku tidak sanggup lagi berdepan dengannya setelah peristiwa tempoh hari.Aku serik.

“ Tu la kau berangan je lebih..,” Fatin masih meneruskan sisa gelaknya.

“ Mana ada..aku tak ingatlah!” Tegasku.

“ Hah! So macam mana kau pergi jumpa Encik Hakim hari tu? Dia cakap apa?” tanya Fatin bersungguh-sungguh namun pertanyaan itu membuatkan aku kembali murung. Kata-kata hinaan yang Encik Hakim lontarkan kepadaku masih terngiang-ngiang di telingaku. Dengan serta-merta hatiku menjadi sakit,pedih dan terguris.

“ Kenapa ni Lina..any problem?” Tanya Fatin lagi apabila melihat aku terus membisu. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Argh..kenapa mudah sangat aku menangis kerana lelaki tak guna itu? Aku cepat-cepat menyekanya kerana aku tidak mahu membazir air mata lagi.

“ Encik Hakim tak nak bertanggungjawab. Dia kata aku macam-macam .Dia kata aku perempuan sundal la..perempuah murahan la..dan macam-macam lagi. Hari tu masa aku pergi pun dia masih berani nak buat benda tak senonoh kat aku…,” suaraku bergetar menahan sebak. Perasaanku mula bercampur aduk antara geram, sedih dan kecewa .Ternyata penangan kata-kata Encik Hakim cukup berbisa sehingga menusuk kalbu.

“ Kurang asam betul Encik Hakim ni! Lina, kita mesti lapor polis! Orang macam tu mesti di ajar!” Fatin membentak . Matanya bersinar. Nampaknya dia benar-benar bengang dengan Encik Hakim.

“ Tak boleh!” Tegahku lantang membuatkan Fatin sedikit terkejut.

“ Kenapa pulak tak boleh?” Soal Fatin hairan.

“ Encik Hakim ugut aku..dia kata kalau aku lapor pada polis dia akan sebarkan gambar bogel aku kat internet, biar semua orang tahu…aku tak sangka dia buat macam tu kat aku Fatin.., aku tak sangka dia sekejam tu..” aku merintih pilu. Ternyata aku tidak dapat menahan air mataku daripada menitis. Akhirnya air mataku berderai jatuh membasahi pipi. Kenapa lah nasib aku semalang ini..

“ Eii..tak guna punya jantan!! Berani dia buat macam tu kat kau! Geramnya aku! Rasa nak lempang je dia!” Nafas Fatin turun naik, ternyata dia benar-benar marah dengan Encik Hakim. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaliknya terus melayan perasaan.

“Habis tu apa plan kau sekarang?” Soal Fatin lagi.

“ Aku tak tahu..” Soalan Fatin tidak dapat aku jawab dengan jelas. Hanya itu jawapan yang bermain di benakku ketika ini.

“ Lina, aku rasa kita mesti paksa Encik Hakim kahwin dengan kau walau macam mana sekalipun! Kalau kau nak, aku boleh back up kau!” Tegas Fatin membuatkan hatiku bertambah sakit. Kenapa cadangan menyakitkan hati itu juga yang diajukan ?

“ No no! Sampai mati pun aku tak nak kahwin dengan dia! Dah berkali-kali aku merayu kat dia tapi dia tak nak. Aku tak mahu lagi malukan diri aku jumpa dia..aku tak boleh lupa macam mana dia menghina aku hari tu!” Aku membantah keras dalam sendu . Hatiku bertambah sayu. Mendengar nama Encik Hakim sahaja sudah cukup membuatkan luka di hatiku berdarah kembali.

“ Habis tu tak kan kau nak biar anak kau tak ada bapak?” Fatin masih tidak berpuas hati.

“ Ada orang sanggup nak jadi bapa..dia sanggup kahwin dengan aku semata-mata nak menyelamatkan maruah aku dan menyelamatkan anak ini..,” jawabku sepatah. Aku rasa aku perlu berterus terang dengan Fatin kerana aku amat memerlukan nasihat berguna dari Fatin pada masa ini . Mindaku seolah-olah tidak berfungsi lagi untuk membuat sebarang keputusan.

“ Apa maksud kau?” Fatin tidak mengerti.

“ Maksud aku, ada orang nak kahwin dengan aku sebab nak selamatkan maruah aku. Dia sanggup jadi ayah pada anak aku ni..,” aku menjelaskan sekali lagi.Kali ini aku menekankan kata-kataku agar Fatin dapat menangkap maksudku.

“ Hah?! Betul ke? Siapa orang yang baik hati tu?” Dahi Fatin berkerut hairan . Dia merenung anak mataku untuk menunggu jawapanku yang seterusnya.

“ Syam..,” dalam teragak-agak aku terpaksa menyatakannya . Kelihatan Fatin sungguh terkejut dengan nama yang baru sahaja didengarinya.

“ What?! Syam?!” Fatin menjerit kuat sehingga sakit gegendang telingaku.Ish, ingat aku pekak ke?

“ Ye..Syam..dia lamar aku 2 hari lepas..,” jawabku dengan malas. Fatin masih menunjukkan riak terkejut. Mana Fatin tidak terkejut,dia sesungguhnya amat mengenali Syam kerana Kak Za,kakak Syam memang rapat dengan Fatin.Aku je yang tidak pernah cerita padanya yang aku rapat dengan Syam, sekadar menyatakan yang kami hanya kawan.

“ Jap..jap..aku nak tahu macam mana tiba-tiba dia boleh nak jadi pak sanggup ni? Aku tak faham la..boleh cerita sikit?” Fatin meneruskan soalan yang penuh dengan rasa hairan.

“ Panjang cerita dia..” Pada waktu ini, aku benar-benar tiada mood untuk mengungkit kembali cerita beberapa hari lepas kerana jiwaku belum tenang sepenuhnya ketika ini.
Ditambah pula dengan lamaran Syam yang aku masih belum pasti sama ada mahu menerimanya atau tidak.

“ Ala..pendekkan la..aku tengah konfius ni..,” kata Fatin. Aku memandang Fatin sekilas. Kadang-kadang aku rimas juga dengan sikapnya yang suka memaksa namun apabila melihat kesungguhan yang terpamer di wajahnya, aku jadi serba salah jika tidak menceritakan kepadanya perkara sebenar.

“ Hari tu..lepas aku jumpa Encik Hakim, aku bertembung dengan dia…,” akhirnya aku membuka cerita.

“ Then?” Fatin membetulkan duduknya untuk mendengar ceritaku seterusnya. Matanya merenung dalam anak mataku.

“ Lepas tu, aku cerita kat dia pasal ni, so sekarang dia dah tahu semua pasal apa yang jadi kat aku…,” jawabku seringkas yang mungkin.

“ Then?” Fatin makin ingin tahu.

“ Then, dia lamar aku..,” itu sahaja yang dapat aku ceritakan kerana tiba-tiba otakku tidak boleh berfikir .

“ Aik , tak kan tu je? Tak kan senang-senang dia nak lamar kau? Dulu kau cakap dia tak suka kau, kau cakap kau kawan je dengan dia? Apasal macam tu pulak? Habis tu kau terima ke? ” Soalan yang bertubi-tubi daripada Fatin membuatkan aku lemas.

“ Fatin..boleh tak kau jangan tanya banyak sangat. Aku dah la tengah runsing gila sekarang nih.Nantila aku cerita.Sekarang ni aku tak tahu nak terima lamaran dia ke tak..,” aku menggertaknya .Kemudian aku berdiri di situ sambil memeluk tubuh.

“ Hurmm..aku hairanlah..apasal kau tak nak terima pulak? Dah ada orang yang sanggup jadi bapak pada anak kau tu dah kira bagus dah..tapi kau..macam tak nak je bunyinya..,” Fatin seakan tidak boleh terima keraguanku.

“ Kau ingat soal kahwin ni benda remeh ke? Macam mana aku nak kahwin dengan orang aku tak cinta? Tak ke seksa hidup aku nanti. Hidup dia pun seksa jugak sebab aku tak boleh nak cintakan dia..,” aku terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati kerana aku tidak mahu lagi berteka teki dengan Fatin.

“ Habistu Encik Hakim tu kau cinta lah?” Bulat mataku mendengar soalan Fatin yang tidak masuk akal.

“ Kau dah gila ke?! Tak kan lah aku nak cintakan orang sejahat tu!” Aku merengus geram.

“ Dah tu,cara kau cakap macam kau nak kahwin dengan orang yang kau cinta je..,” kata Fatin selamba.

“ Tapi, tu lain..,” aku terperangkap dengan kata-kataku sendiri.

“ Lina..Lina..sekarang ni kau dah kesuntukan masa…Perut kau tu makin lama bukan makin kempis tapi makin membesar .Nanti lagi ramai orang tahu yang kau tu mengandungkan anak luar nikah. Kau dah tak ada masa nak cakap soal cinta sekarang…Yang penting ada orang yang nak bertanggungjawab dengan anak kau tu..”
Aku terpempan mendengar nasihat Fatin yang langsung tidak terlintas dalam fikiranku .

“ Tapi Fatin..aku tak boleh pentingkan diri sendiri.Aku tak nak seksa perasaan Syam lagi. Dia dah banyak tolong aku selama ini. Aku tak nak dia korbankan masa depan dia kerana aku..aku tak nak dia menderita kerana aku tak dapat menjadi isteri yang baik untuk dia..,” sayu aku menuturkan kata-kata itu. Aku tahu Syam sudah banyak menabur budi padaku selama ini dan selama itulah aku tidak pernah menghargainya.

“ Buat masa ni, nak tak nak kau kena pentingkan diri kau sendiri..kali ni je..Kalau kau tak nak orang ramai tahu yang kau mengandungkan anak luar nikah, baik kau kahwin je dengan dia .Tak kisah lah kau cintakan dia ke tak..,” Fatin masih mempertahankan cadangannya. Maksud yang sama cuma ayat je berlainan. Aku mengeluh. Bukankah itu kejam namanya?

“ Tapi…,”

“ Tak ada tapi-tapi dah..kau dengar la nasihat aku .Kalau tak, kau akan menyesal..Percayalah cakap aku..,” belum sempat aku meneruskan kata-kata, Fatin lebih pantas memintas. Aku termenung seketika .Sebentar kemudian dendangan lagu ‘terlanjur cinta’ bergema dari handphoneku. Perbualanku dengan Fatin terganggu seketika. Aku terus mencapai handphoneku. Aku terkedu melihat nama Syam tertera di skrin. Aku teragak-agak untuk mengangkat. Syam seperti tahu-tahu je aku sedang bercakap tentangnya. Ada sixth sense ke?

“ Hello , assalamualaikum..,” sapaku pada gerangan di hujung talian.

“ Waalaikumussalam..awak apa khabar?” Soal Syam. Ceria sahaja bunyi nada suaranya .

“ Khabar baik..,” jawabku sepatah. Lidahku tiba-tiba kelu untuk berbicara dengannya.

“ Erm..saya nak jumpa awak boleh?” Soalnya lagi.

“ Err..saya belum buat keputusan lagi..,” jawabku tergagap-gagap. Aku serba salah. Buat masa ini aku belum bersedia untuk berjumpa dengannya .Hari itu, aku memberitahu Syam bahawa aku akan berjumpa dia jika aku sudah membuat keputusan tapi masalahnya sekarang , keputusan itu belum dibuat.

“ It’s okay..tapi problemnya sekarang saya dah ada kat depan rumah awak ni..So macam mana ek?” Aku tergaman. Apa? Syam sudah berada di depan rumahku. Aku terus ke tepi tingkap dan mengintai di sebalik langsir untuk melihat perkarangan rumahku. Alamak! Syam kini sedang berdiri betul-betul di depan pagar rumahku sambil memegang handphone. Aku panik. Jauh di sudut hatiku aku geram pada Syam kerana tidak memberitahuku awal-awal yang dia akan datang ke rumahku.

“ Hello..kenapa senyap ni?” Aku tersentak. Rupa-rupanya Syam masih di talian. Sempat lagi aku mengelamun.

“ Err, tak ada apa-apa..,” jawabku acuh tak acuh.

“ Erm..boleh ke saya jumpa awak sekarang? I need to meet you now..,” aku menggigit bibir. Perlukah aku setuju dengan permintaannya?

“ Please..saya betul-betul nak jumpa awak..,” katanya lagi di hujung talian apabila aku tidak menjawab pertanyaannya.

“ Okay..jap saya turun..,” nak tak nak aku terpaksa akur. Aku memutuskan talian dan kemudian tergesa-gesa untuk turun ke bawah .

“ Siapa?” Soal Fatin hairan.

“ Syam, dia kat depan rumah kita sekarang..,” jawabku acuh tak acuh.

“ Wow..sound good. Hah! Nanti kau bincang lah elok-elok dengan dia ye.. Aku harap sangat kau terima lamarannya..,” kata Fatin penuh mengharap. Aku tidak memberikan sebarang reaksi kepadanya kerana otakku sedang berserabut sekarang, tak boleh nak fikir!


  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 11 comments:

    1. ala..trima jela lamaran syam tu
      syam kan memang cintakn Lina..

      ReplyDelete
    2. dah cukup bagus ada org baik hati, nak fikir2 lagi,kawin je dgn syam tu

      ReplyDelete
    3. huhu bez2..
      memang lah lin berbelah bhagi nak trima ke tak...
      nnti klu org tau apa lak org ckp..
      heheheh,,
      apa2 pun i will waitng 4 da next n3..

      ReplyDelete
    4. best..nak ag..
      syam mmg cinta n syg dat y snngup jd pak snggup..cinta universal smpi terima org tersyag dgn seadanya..huhu...hrp2 ar lina xlupa jasa syam..huhu
      -adil-

      ReplyDelete
    5. time je la lina..
      syam cintakan awk..awk je tataw..
      lme2 nnty cinta akn dtg..
      yg penting skang maruah..huhu..

      ReplyDelete
    6. btul2! watpe nak pk panjng2
      time jela..
      jgn sia-siakan
      syam yang sungguh baik
      hati tu
      huhu

      ReplyDelete
    7. salam...

      "mana, akau boleh kahwin dengan orang yang aku tak cinta." ya, ayat tu memang benar..

      betul..

      bestnya cerita anda..teruja bila baca cerita ni.
      syabas.!

      ReplyDelete
    8. cerita sendiri ke..atau copy dan paste je..

      ReplyDelete
    9. thanx kpd sumer yg menyokong karya sy..
      sy amat menghargai setiap komen yg
      anda berikan

      ijad,
      ini nukilan sy sendiri,
      x copy n paste mana-manapun

      harap maklum

      ReplyDelete
    10. go go Lina.Terima la Syam tu!!

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)