Sunday, June 21, 2009

Taman Tamadun Islam ,Kuala Terengganu, Terengganu..

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.

Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Maklumat di atas saya petik daripada website mana entah tapi saya baru sekali berkunjung ke tempat tamadun islam namun ia sudah cukup membuatkan saya teruja melihat pelbagai monumen yang sangat cantik senibinanya. Kat sini terdapat juga tren untuk anda ronda-ronda kawasan ni.Best gila boleh pusing satu kawasan ni!! Harga tiket nak masuk ke taman monument kalau tak silap saya hari tu RM10 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak, saya tak sure. Lepas tu ada voucher rm3 untuk kita change dengan apa-apa barang kat situ.Hari tu saya tukar dengan cucur udang je.hehe..Pepun,bagi saya harganya amat berpatutan.Rugi kalau tak pi tengok.

So, sebab tak nak dikatakan cakap kosong je..so di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar monumen dan masjid kristal yang sempat saya rakam. Mesti anda terpukau..hehe..Anyway..just to share..

p/s : klik gambar di bawah untuk better view..=)

4 comments:

  1. nice view..sy betul2 teringin nak p terengganu tapi selalu tak de masa..huhu

    ReplyDelete
  2. xpe tak kan larinyer terengganu..hehe
    nanti ada masa datangla berkunjung ke negeri ni
    banyak gak tmpt menarik
    sy sendiri pn x abeh explore lagi
    he..

    ReplyDelete
  3. mm..saye org ganu gaks..tapi x duk ganu..
    cdey jek..
    tmpt cntik mcm tu pom x pnah pegi..
    sgt sedih..rugi

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)