Friday, June 26, 2009

Cerpen : Hah! Kerana Aku ?



Penatnya hari ni…Mana tak penatnya, sehari suntuk aku kat dewan bedah menyelesaikan apa yang patut . Sampai pening kepala aku dibuatnya .Nasib baik ada dua tiga orang doktor lain membantu aku, kalau tak memang bertambah-tambah lah penatku kerana semuanya terpaksa dibuat sendiri . Huh,aku mengeluh berat . Kadang-kadang rasa menyesal la pulak ambil bidang doktor pakar bedah ni . Memang la best tapi masalahnya capek dong!

Aku menyusuri jalan ke rumahku, sebenarnya bukan rumah yang aku beli tetapi rumah orang tuaku . Hehe besar-besar panjang pun masih nak duduk kat celah ketiak mak ayah lagi tapi tak apa lah ,at least aku tak payah susah-susah nak memasak kerana mak aku kan tukang masakku yang terhandal abad ini . Bukan aku tak pandai memasak tetapi masakan mak aku paling best di dunia ni, so rugi tu kalau tak merasa masakan dia . Err..aku pandai masak meggi je sebenarnya .Muahaha..Sedang aku dok melalut di dalam hati bagi menenangkan jiwa yang berserabut , akhirnya sampaila juga aku di perkarangan rumah banglo orang tuaku yang tidak lah sebesar mana. Ada kolam pun bukan kolam renang tetapi kolam ikan je.

Eh, aku mengerutkan dahi,peliknya .Kereta siapa tu yang parking kat stesen aku hah? Ni yang aku hairan ni . Aku mengamati kereta tu, kereta BMW kelabu asap plat number WDR 1234 .Aihh takkan kereta baru abang aku kot. Bukan ke dia baru beli kereta sebulan lepas ? Ni yang aku musykil ni . Hurmm..nak tak nak terpaksa la aku parking kat tepi jalan di luar pagar rumah . Tak apa lah ,sekali sekala walaupun di dalam hatiku geram dengan pemilik kereta tu . Aku ni memang pantang kalau ada orang cuba ambil hak aku walaupun melibatkan perkara kecil sekali pun .

“ Ma! Oooo Ma !” Laungku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumahku . Aik,apasal sunyi semacam je rumah ni? Aku salah masuk rumah ke? Biasanya kecoh je dengan bunyi TV dan bunyi mak aku dok memasak . Mana pergi semua orang ni.

“Abah..ma!” Aku laung lagi namun hampa .Launganku tidak bersahut. Pelik lah,biasanya kalau diorang pergi ke mana-mana mesti kunci pintu namun kalini bukan setakat pintu tak berkunci,tingkap pun terbuka luas seperti ada penghuni di dalam . Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil melangkahkan kaki untuk menuju ke dapur. Entah-entah mak aku tu tertidur kat dapur kot. Yela ,mak aku tu memang kuat mengantuk dan tertidur di siang hari .Tengah cakap dengan aku pun sempat lagi dia tidur .Biasala penyakit orang tua-tua memang macam tu.

“Aaaaa!!!” Aku terjerit nyaring apabila tiba-tiba seorang lelaki muda yang kacak bergaya yang langsung aku tidak kenali muncul di hadapan ku.Dia kelihatan terkejut melihatku .

“Pencuri!!” Aku menjerit lagi lantas terus cuba mengorak langkah untuk lari dari situ namun belum sempat aku berbuat begitu, lelaki itu menarik tanganku.Aku mula ketakutan dan jantungku berdegup kencang. Aku sudah dapat menjangka bahaya sedang mengejarku. Oh tidak! Apa aku nak buat ni..Lelaki itu mengemaskan lagi pegangannya apabila aku cuba meronta.

“Maaf,saya bukan pencuri,” katanya lembut namun matanya tajam menikam anak mataku. Peluh dingin mula memercik di dahiku. Alamak apa semua ni?

“Habis tu awak siapa? Perogol?” Tanyaku dalam ketakutan . Tiba-tiba dia tertawa. Aik,apasal gelak pulak .Dahla gelak macam pontianak.Aku rasa macam nak nangis la pulak apabila diperlakukan sebegitu .

“ Ya!” Jawapannya membuatkan air mataku mengalir laju.Aku ketakutan yang amat sangat. Dia cuba mencium pipiku.

“Lepaskan saya! Lepaskan saya!” Aku menjerit lagi sambil meronta hebat. Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki lain di belakangnya sedang mentertawakan aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

“Abang long!” Jeritku . Terkejut dengan situasi tersebut .Kenapa abang long ketawa . Dan siapa lelaki di hadapanku ini? Dia juga turut tertawa.Tanpa kupinta perlahan-lahan pegangannya di lenganku dileraikan . Aku memandangnya hairan sambil mengesat air mataku. Hish,tak pasal-pasal tanggal bedakku.

“ Abang Long,apa semua ni?” Soalku sambil menjeling tajam ke arah abangku yang memang kuat menyakat tu. Namun dia tidak menjawab soalanku sebaliknya terus ketawa.Aku jadi geram. Eii..muka aku cam badut ke nak gelak macam tu .

“Abang long!!” Tengkingku.Abang long dan lelaki dihadapanku serta-merta berhenti ketawa . Terasa kepalaku dah berasap kerana terlalu geram dengan mereka.

“Apa semua ni??” Tengkingku lagi .Geram sangat.Mataku yang dah memang sedia bulat dibulatkan lagi .

“Ops..sory..sory saya nak gurau je tadi .Abang awak yang suruh,” lelaki di hadapanku dah mulai kaget .Hah,tahupun takut .

“Abang long yang suruh??” Aku meninggikan suara sambil bercekak pinggang.

“Haha soryla Farah,abang nak bergurau je tadi .Ni kawan abangla.., Naim,” kata abangku sambil ketawa.

“ Abang ni melampaula!” Aku terus menolak kasar tubuh lelaki yang Abang Long panggil Naim itu dan terus berlari menuju ke bilikku di tingkat atas.Aku mendengus geram .Terasa panas membahang wajahku apabila diperlakukan sebegitu .

“Farah! Kejap!” Laungan abangku tidak aku hiraukan.Eii geram betul la! Nak bergurau tu berpada-pada la sikit ,ni begurau sampai nak gadai maruah aku.Gila! Sampai sahaja di bilikku, aku menghempas pintu bilikku kuat-kuat dan terus menghempaskan diri di atas katil sambil menekup mukaku dengan bantal . Perasaanku bercampur-baur , geram,marah,malu dan benci .Semuanya ada . Huh! Tak guna punya abang! Sedang aku dok mengutuk abangku dan lelaki gila tu, mataku kian layu dan akhirnya aku tertidur.


-----------------------------------------------------------------------------------


Selesai solat maghrib , aku segera turun ke bawah untuk mengisi perut yang berkeroncong dari tadi lagi . Lama gila aku tertidur tadi,nasib baik tersedar sebelum maghrib sempat gak aku sembahyang asar. Nasib baik tak terlepas waktu solat.Huh,ni abang aku punya pasal la. Gara-gara marah sangat kat dia sehinggakan aku lupa nak menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslimah .

Aku terkejut besar apabila melihat lelaki gila a.k.a Naim berada di meja makan bersama-sama ahli keluargaku. Ya Allah,apasal dia masih berada di sini?? Aku meraba-raba kepalaku.Alamak aku tak pakai tudung la. Macam mana ni.Dia dah tengok rambutku.Amaaa…tidak..aurat ma..Dia bukan muhrimku. Aku kalut dan terus berlari ke ruang solat rumahku dan mencapai tudung ‘basahan’ ibuku dan kemudian kembali semula ke dapur . Kedengaran riuh rendah keluargaku mentertawakan aku.Aku merasakan wajahku merah padam dengan reaksiku sebentar tadi. Sebijik macam nampak hantu.

“Hahaha kenapa kak ngah lari macam nampak hantu je?” Soal adik bongsuku yang berusia 15 tahun . Aku hanya memuncungkan mulut. Ni gara-gara lelaki gila tu la.Huh!

“Memang ada hantu pun.Hantu berkepala hitam,entah dari planet mana dia datang.Tiba-tiba je muncul,” kataku separuh menyindir sambil mataku tajam mengerling ke arah Naim .Dia hanya tersenyum kelat .

“Farah, tak baik cakap kat tetamu macam tu,” kata abah tiba-tiba. Memahami yang aku sedang mengutuk Naim.Aku hanya mendengus kasar .

“Hurmm..tetamu ke perogol?” Soalku selamba.Hatiku masih panas dengan perlakuannya siang tadi.

“Farah!!” Abah meninggikan suara tiba-tiba.Terkejut kot dengan kata-kataku.

“Kamu ni mulut tu jaga sikit!” tegas abah. Ish apa la abahni,tak patut marah aku depan-depan macam tu .Aku menarik muka tanda protes.

“ A’ah la Farah.Tak baik cakap macam tu,” sahut Abang Long. Ceh, nak cover line la tu.Aku hanya menjeling tajam kepadanya. Abang long hanya tersengeh,huh sebijik macam arnab .Ye la memang gigi dia macam arnab pun, gigi tupai besar kat bahagian depan. Haha..sempat lagi aku mengutuk.

“Kak ngah!” Aku tersentak apabila ibuku memanggil namaku. Semua mata memandangku .Apasal pelik sangat ke aku ni.

“Kenapa?” Soalku macam orang bodoh je.

“Kau tu nak berdiri lama mana lagi .Tak nak makan ke?” Owh..baru perasan ,aku dah lama rupanya berdiri di penjuru meja makan ni. Eh,mana tempat yang biasa aku duduK? Mataku terencap pada Abang Long. Dia ambil tempat aku! Nampak tempat kosong tu kat sebelah Naim je. Abang Long mengangkat kening sambil tersengeh , sengaja mahu mengenakanku. Ish,ni aku tak suka ni. Nak tak nak aku duduk jela sebelah mamat tu kerana terlalu lapar.

“Ha, macam tu la,” aik apa hal mamat ni, tiba-tiba je cakap macam tu.

“Macam tu apa?” Soalku kasar.

“Hehe tak ada apa-apa..,” jawabnya ringkas sambil tersenyum kepadaku.Errr..apasal aku rasa semacam ni .Senyumannya..kenapa senyumannya manis sangat membuatkan jantungku berdegup kencang. Aihh aku ni kenapa,tiba-tiba jadi macam orang tak siuman je.

“Kak ngah,tutup la mulut tu sikit,” aku tersentak apabila Shasya tiba-tiba menegur. Ya Allah apa aku buat ni? Sempat lagi aku berangan time makan.Dahla aku tak perasan yang aku pandang Naim tak berkelip-kelip .

“Kak Ngah suka abang Naim ek?” Aku menjegilkan mata apabila adikku, Syasha seakan memerli aku. Suka? Tolong sikit. Muka kerek macam dia tak ada selera aku nak suka . Aku hanya diam,malas nak melayan kerenah Shasya .Kedengaran Naim tergelak halus . E’eh suka pulak dia . Benci!

“ Kamu nak tinggal sini berapa lama Naim?” Soal abah tiba-tiba . Eh,dia nak tidur sini ke?Siapa dia ? Kenapa sesuka hati je nak bermalam di sini.Tak malu! Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.Aku hanya diam,menunggu butir bicara dari Naim.

“ Kalau mak cik dan pak cik izinkan,saya ingat nak tinggal kat sini sebulan..,” kata-kata itu membuatkan air yang ku minum tersembur tepat mengenai wajahnya .Terkejut bukan kepalang dengan jawapannya. Sebulan???

“ Farah!!” Jerit ibuku . Mungkin bengang dengan tindakan spontanku.

“Err..sory..” jawabku sepatah . Aduhh,apa aku buat ni..Kelihatan Naim masih tergamam .Habis mukanya kena semburan sirap yang didatangkan khas dariku.Hehe..aku tergelak kecil.Kelakar tengok reaksi Naim . Padan muka!

“Apasal Farah terkejut sangat ni?” tanya Abang Long. Naim hanya menjeling tajam kepadaku.Geram la tu.Haha..

“Ye la..abah ni,suka-suka hati je nak bagi orang yang tak dikenali dok sekali dengan kita . Dah la sebulan pulak tu,” kataku straight to the point. Malas nak menyembunyikan ketidak puasan hatiku ini.Mana mungkin aku tinggal dengan mamat yang tak tahu malu ni selama sebulan.Sehari pun aku tak nak.Humph!

“Farah, try cakap elok-elok sikit dengan kawan abang ni .Naim duk jauh,kat Sabah .Dia datang sini pun atas urusan kerja,so abang yang kasi dia tumpang duk kat rumah kita buat sementara waktu,” sampuk Abang Long. Hek eleh…yela tu .Aku masih tidak berpuas hati .Naim sudah mula tidak senang duduk.Itu la..siapa suruh buat perangai awal-awal lagi,kan dah kena reject !

“ Tak apala pak cik.Kalau Farah tak suka saya dok kat sini,saya boleh cari tempat tinggal lain,” belum sempat aku meneruskan hujah untuk menyatakan rasa tidak puas hatiku,Naim lebih pantas mencelah.

“Tahu tak apa,” jawabku sambil tersenyum puas. Macam tula..dah tahu orang tak suka,tarik diri la awal-awal .Hahaha..aku tergelak jahat di dalam hati .

“ Dah..dah.Jangan ikut sangat cakap Farah tu.Dia tu memang macam tu.Pak cik dan mak cik tak kisah sangat pun,” kata-kata abah membuatkan aku sekali lagi tidak puas hati.

“Abah..”

“Farah diam! Kenapa degil sangat ni.Abah tak pernah ajar kamu biadap dengan tetamu.Kamu tu dah umur dekat 30,sepatutnya kenalah bertimbang rasa.Ni masih lagi perangai budak-budak” aku terdiam mendengar leteran abah. Lah..sedihnya kena marah kat abah gara-gara si Naim makhluk asing ni.Terasa diri ini dipinggirkan.Huhu. Shasya hanya memandangku kasihan . Dia juga turut terkejut dengan kata-kata abah yang tidak diduga.Yela mana pernah abah meninggikan suara semenjak aku bergelar dewasa.

“Abahnya..dah la tu.Tak baik bergaduh di depan rezeki..” kata ibuku lembut . Ma..tolong la bela Farah.Aku merayu di dalam hati namun tidak terluah oleh kata-kata dek sedih dengan kata-kata abah sebentar tadi.

“ Hurmm..yela..makanlah,” suara abah mula mengendur. Aku tidak membantah dan hanya mendiamkan diri sepanjang makan malam itu. Namun tidak ada seorang pun yang tanya kenapa aku diam .Ma dan abah lebih suka bercakap dengan Naim berbanding dengan aku.Sampai hati..terasa diriku dipinggirkan kini.Uwaaa…

-------------------------------------------------------------------------------------

Wah..seronoknya hari ini tiada apa-apa tugas yang perlu aku lakukan di hospital .So,aku gunakan masa ini untuk membelai pokok-pokok bungaku yang pelbagai spesies di belakang rumahku. Melihat bunga-bunga yang berwarna-warni membuatkan hatiku tenang. Hah! Sebenarnya aku ni pencinta alam..suka sangat pada keindahan flora dan fauna.

Sedang aku sibuk menyiram pokok-pokok bunga kesayanganku , Naim tiba-tiba muncul di hadapanku membuatkan aku terkejut beruk sehingga tanpa kusedari pancuran air yang deras mengalir dari pemancur di tanganku terhala ke arahnya .Bajunya basah kuyup .Aku tergamam dan kemudian ketawa .Hahaha..padan muka. Lawak betul la, sebijik macam anak kucing yang baru jatuh dalam longkang. Mendengar aku ketawa macam tak ingat dunia ,tanpa ku duga Naim merampas pemancur air dariku dan menghalakan pula ke arahku.Tawaku terhenti .Habis basah kuyup baju t-shirt yang ku pakai.Kurang asam punya Naim!

“Hoi, awak ni kenapa hah?!” Soalku kasar.Benci betul.Berani dia balas dendam ye.Ingat ni rumah bapak dia yang punya ke?Aku meraup muka beberapa kali menanggalkan sisa air yang melekat dan membasahi wajahku.

“Hello cik Farah, kira adil la.Awak yang start dulu kan?” jawabnya selamba sambil tergelak sinis. Hish..mamat ni memang nak kena ni.

“E’eh cakap saya lak.Hei,yang awak datang tiba-tiba tu buat apa hah?Jangan cakap awak nak kenakan saya lagi! Dahla tak malu nak duk kat rumah orang!” aku meninggikan suara .Kalau ikut hati nak jek aku cekik-cekik leher dia.

“Okla..okla saya minta maaf,” ceh,belum apa-apa lagi dah mengalah.Tahupun takut.

“Hurmm..tahupun nak mintak maaf.Ingatkan makhluk asing terus,tak reti nak mintak maaf,” sindirku .Dia hanya ketawa.Lahh..lucu sangat ke kata-kataku ni.Musykil betul.

“ Kenapa awak ketawa?” soalku hairan bercampur geram.

“Awak ni kan,kalau tak marah tak boleh ke? Tapi comel gak tengok awak marah,” kata-katanya membuatkan aku mencebik.

“Tak payah la awak nak puji saya .Saya tahu awak ada udang di sebalik mee kan? Ni saya nak tanya sikit,awak ni tak tahu malu ke nak dok kat rumah orang yang bukan saudara awak? Kalau saya, saya malu tahu tak?” Soalku lagi.Ambil kau, sampai matipun aku tak akan sesekali suka akan kehadirannya.Makhluk asing!

“ Awak,saya mintak maaf kalau kehadiran saya di sini mengangggu awak,” aiseh,skema semacam je ayat aku dengar ,macam bahasa baku pun ada .A’ah lupa la pulak,dia kan orang Sabah,so slang dia mungkin lain sikit.

“Kalau dah tahu,kenapa awak dok kat sini lagi?” kata-katanya langsung tidak berbekas di hatiku.Maaf la ye,hatiku ni memang keras sikit. Tak akan mudah cair dengan pujuk rayu.

“ Saja, saya suka tengok awak,” dah sudah…apa la mamat ni merepek pulak ni. Tapi kenapa aku rasa semacam je ni . Aku pegang dadaku. Eh,berdegup kuat la..Hish,kenapa dengan aku ni?

“ Hurmm..merepek!” Kataku sambil melangkah pergi dari situ. Rimaslah duduk lama-lama dengan mamat Sabah tu .

“Tunggu!” Panggilannya membuatkan langkahku terhenti.

“ Hurmm..ada apa lagi?” soalku malas . Dia hanya tersenyum kepadaku.Lah..apa hal senyum-senyum lak ,macam sumbing je aku tengok cara dia senyum . Dia hanya menggeleng. Entah apa lah maksud gelengannya itu..

“Awak ni nak apa lagi hah? Awak datang sini nak buat kerja ke atau nak menggatal dengan anak dara orang?! Ke..memang kerja awak nak mengurat anak dara orang?” hah tu dia! Pedas kata-kata yang aku lemparkan kepadanya . Namun dia masih tersenyum manis,makin lebar pulak tu.Kejap..kejap ,Naim ni betul ke tidak ni,ke biol?

“Err..awak nak ke topi saya tu?” Topi?? Aku hairan dengan soalannya. Serentak dengan itu,aku memandang bendalah di tanganku. Aik,topi merah siapa pulak ni ? Macam mana boleh ada dalam tanganku. La..tak perasan pulak masa aku kena pancur air tadi, aku terambil topi di kepalanya .Macam mana boleh terambil tu aku tak ingat pula. Hehe malunya . Aku tersengeh menutup rasa maluku.

“Maaf,” kataku sepatah seraya menghulurkan topi itu kepadanya semula.

“Hehe,awak ambil la buat kenang-kenangan .Saje je nak test awak,” erk? macam ni pun dikatakan satu test. Ingat aku budak-budak ke. Aku hanya merengus geram dan berlalu masuk ke dalam rumah. Aku mahu salin bajuku yang basah kuyup..Naim la ni punya pasal,habis baju jadi mangsa!

“ Kejap Farah,” aku menjeling tajam ke arahnya.Apa mende lagila yang si Naim ni nak.

“Apa lagi hah?” soalku kasar.Memang langsung tak pandai nak berlemah lembut. Tak ada maknanya aku nak berlemah lembut dengan lelaki yang tak tahu malu ni.

“ Pagi ni awak free tak?” soalannya membuatkan aku mengerutkan dahi. Hish, aku free ke tak ke, apa kaitannya? Takkan nak ajak aku dating kot.

“Hurmm..boleh la..kenapa?”

“Saya nak ajak awak teman saya pergi jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah je tanpa buat apa-apa..”

“ Teman awak pergi jalan-jalan? Huh, sory la banyak-banyak. Tak ada masa! Awak ajak jela Abang Long!” Sesuka hati dia je nak ajak aku keluar. Entah apa agendanya lagi. Kalau untuk balas dendam padaku ,baik tak payah!

“ Tapi Abang long awak pagi-pagi lagi dah keluar. Tolong la teman saya..saya tak biasa lagi dengan selok belok jalan kat sini..please..,” hai..ni aku lemah ni, rayuan dia cukup menyentuh perasaanku ditambah pulak dengan mukanya yang dah kuyu untuk menagih simpati. Serba salah pula aku dibuatnya.

“ Hurmm..oklah,” jawabku lambat-lambat. Wajahnya berubah ceria .

“ Thanx awak! Kul 9 am sharp kita pergi ye..saya nak bersiap sekekap,” dia terus berlalu dari situ tanpa menunggu jawapan dariku. Pukul 9 am? Aku melihat jam di tanganku. Sekarang pukul 8.50 am..Hah?! Gila apa! Mana aku sempat siap , nak mekap lagi,nak salin baju lagi , nak pakai kasut lagi. Hish! Budak ni saja je nak kenakan aku. Dalam geram ,aku terpaksa jua melangkah masuk ke dalam rumah.


------------------------------------------------------------------------------------------


Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri. Tidak tahu nak cakap apa dengan Naim. Sepatah Naim tanya sepatah aku jawab. Aku betul-betul tak ada mood nak borak dengan dia. Tak tahulah kenapa. Naim pula seperti faham dengan kedinginanku, dia akhirnya turut terdiam sambil melayan lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio.

Tiba-tiba Naim memperlahankan kereta dan kemudian mengundurkan keretanya beberapa meter ke belakang .Seketika kemudian dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Aku hairan. Apasal dengan dia ni? Nak main kereta ke ?

“ Kenapa awak undur kereta?” Soalku hairan.

“ Awak tunggu sini sekejap ye..,” tanpa menjawab soalan aku dia terus keluar dari keretanya.Dia tertoleh-toleh ke belakang. Aku turut menyoroti langkahnya .

Dia melangkah perlahan ke arah seorang wanita tua yang bertongkat dan memakai cermin mata hitam . Wanita itu seperti teragak-agak untuk melintas jalas. Orang buta ke? Getusku di dalam hati. Seketika kemudian Naim memimpin tangan orang tua itu untuk melintas ke seberang jalan . Aku tergamam, Naim sanggup memberhentikan kereta semata-mata nak tolong orang buta itu melintas jalan? Aku sedikit terharu. Baiknya hati Naim..huhu.

“ Sory sebab menunggu lama..,” katanya sepatah sebaik sahaja dia masuk kembali ke dalam kereta. Aku terdiam. Rasa terharu ku membuak-buak. Ish, kenapa dengan aku ni?

“ Farah, are you ok?” Aku tersentak mendengar soalan itu. Dia perasan ke mukaku berubah?

“ Err.. tak ada apa-apa..,” aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain apabila menyedari Naim merenung wajahku tanpa berkelip sambil tersenyum. Seketika kemudian terdengar dia tergelak halus lalu meneruskan pemanduannya. Aduhh, apasal jantungku tiba-tiba berdegup kencang ni. Tak kan lah kerana dia tolong orang buta tu aku dah berkenan kat dia kot. Alah..aku rasa Naim ni sengaja nak tunjuk baik padaku semata-mata nak pikat aku kot. Egoku membantah perasaanku dari terus hanyut dibuai rasa terharu .


-----------------------------------------------------------------------------------


Pipiku dipuput lembut oleh angin Laut China Selatan . Aku menghirup puas-puas udara segar yang terdapat di pantai Batu Buruk ini. Setelah penat berjalan-jalan di sekeliling Bandar Kuala Terengganu, Naim membawaku ke pantai ini. Katanya dia sudah lama teringin nak berkunjung ke sini .Aku tidak membantah ajakannya kerana aku pun sudah lama tidak berkunjung ke kawasan pantai kerana kesibukan kerja yang melampau.

“ Awak nak aiskrim ?” Entah bila Naim datang semula ke tempat aku duduk .Tadi dia kata nak beli aiskrim. Melihat aiskrim yang berwarna-warni membuatkan air liurku kecur. Sudah lama aku tak makan aiskrim. Kali terakhir makan semasa aku di tingkatan 5. Kempunan la pulak.He..

“ Boleh juga,” jawabku sambil tersengeh. Dia tersenyum dan menghulurkan salah satu aiskrim Cornetto di tangannya kepadaku.

“ Awak memang minat ke jadi doktor?” Soalnya tiba-tiba sedang aku asyik menikmati keenakan aiskrim. Aku menoleh kepadanya sekilas kemudian mengalihkan semula pandangan ke arah laut yang terbentang luas.

“ Yeah..itu minat saya sejak kecil..,” jawabku sepatah.

“ Owh..bagusnya awak..hebat lah awak boleh jadi doktor..,” ish dia ni, ada ke jadi doktor dia kata hebat? Aku rasa jadi doktor lah paling menyusahkan kerana sering bermain dengan nyawa orang. Silap sikit, mungkin nyawa pesakit melayang.

“ Tak hebatpun..jadi doktor banyak risikonya awak..kita kena sentiasa berhati-hati dalam merawat pesakit. Satu kesilapan kita memberikan satu impak yang besar . Silap hari bulan,mungkin pesakit tu boleh meninggal . Lebih-lebih lagi sekarang ni musim orang menyaman doktor . Even kesilapan kecil pun boleh naik mahkanmah,” bersungguh-sungguh aku menjelaskannya . Memang jauh di sudut hatiku berharap benda-benda tu semua tidak terjadi terhadapku. Seboleh-bolehnya aku akan cuba menjadi doktor yang terbaik dengan izin Allah.

“ Saya percaya ,awak seorang doktor yang bagus..saya doakan semoga awak dapat menjadi doktor yang terbaik..” kata-kata yang berunsur semangat dari Naim sedikit sebanyak menyenangkan hatiku. Sesungguhnya baru sekarang aku tahu yang Naim seorang yang peramah dan low profile.

“ Thanks, awak pun tak kurang hebatnya.Engineer gaji lagi mahal apa..mesti ramai awek berebut-rebut nak kat awak,” kataku separuh berseloroh. Maklumla Naim tu handsome, bergaya dan berduit pulak tu. Awek mana yang tak berkenan .Naim tergelak kecil.

“ Walaupun ramai awek berebut nak kan saya tapi saya cuma berkenan kat seorang awek ni je..,” mendengar kaat-kata itu aku memandangnya penuh rasa ingin tahu.

“ Siapa awek tu? Wahh bertuah betul dia..,” soalku ingin tahu. Lega hatiku kerana dia sudah ada awek. Tak ada la aku perasan dia nak kan aku . Yela..dari tadi lagi aku macam tidak keruan apabila dia asyik tenung muka aku.Naik rimas aku dibuatnya!

“ Erm..awak nak tahu ke?” Senyuman manis penuh makna terukir di bibirnya. Eh, dia ni macam nak main-mainkan aku je.

“ Kalau awak tak keberatan la..saya nak tahu,” jawabku mendatar.

“ Awek yang saya berkenan tu ada kat depan mata saya sekarang ni..,” katanya sambil mengenyit mata. Aku menelan air liur. Suapan aiskrim terhenti seketika.

“ Mengarutlah awak ni!” Walaupun aku membentak keras, aku tidak dapat menghalang rasa berdebar di hatiku ini.

“ Im serious! Saya sukakan awak..” Tegasnya membuatkan aku kelu, tidak tahu apa yang harus diperkatakan .Renungannya yang cukup romantis seakan mampu menggetarkan jiwa wanitaku.Tengah aku syok-syok melayan perasaan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Huh, nasib baik! Aku dan Naim lantas berlari ke kereta . Adegan romantik itu tergendala..


---------------------------------------------------------------------------------------


“ Hoi Naim, kau dari mana ni? Siap angkut adik aku lagi ni?” Soal Abang Long tiba-tiba sambil mengenyitkan mata penuh makna sebaik sahaja aku pulang ke rumah. Aku mencebik. Menyibuk je Abang Long ni.

“ Aku pergi ronda-ronda kota raya. Nak tahu gak Kuala Terengganu ni macam mana..,” kata Naim sambil tangannya pantas meletakkan barang-barangan yang dibeli di bandar tadi di atas meja di luar rumahku.

“ Pergi ronda-ronda ke, pergi dating?” Abang Long mengangkat keningnya sebelah sambil memandangku. Naim hanya tersengih.

“ Mengarutlah Abang Long ni! Tak ada masa Farah nak dating!” Bentakku. Aku merengus geram . Abang Long semakin galak mentertawakanku. Naim pula tersenyum-senyum .Serta-merta adeganku dengannya tadi bermain di tubir mata. Eii menyampahnya aku!

“ Hehe tak nak ngaku lagi ye..tu tedy bear besar tu siapa punya..wow baru seminggu Naim dok sini, dah dapat hadiah ek,” Abang Long terus menyakatku.Aku menjegilkan mata . Wajahku membahang panas. Bukan aku yang nak pun tedy bear tu, Naim yang beriya-iya nak belikan untuk aku tadi. Apa dia ingat aku budak kecil ke nak main mainan tu semua? Aku tak nak dia nak belikan jugak. Lepas tu tak pasal-pasal aku kena sakat.Huh!

“ Dahla, malas Farah nak layan Abang Long! Mengarut je lebih!” Aku membentak keras lalu mula menghayun langkah laju untuk meninggalkan mereka di situ. Tanpa aku sedari, baru beberapa tapak aku melangkah, tiba-tiba aku tersadung pasu bunga di tengah-tengah laluan masuk ke rumahku. Tanpa dapat aku elak, aku hampir terjatuh tergolek di situ tetapi tiba-tiba aku rasa ada tangan kasar memaut pinggangku. Aku pula dengan spontan memaut leher orang itu. Mataku terpejam rapat tanpa aku sedari . Apabila aku membuka mata, aku terkejut beruk apabila melihat Naim sedang merangkul tubuhku. Mata kami bertautan . Dia merenung aku dan aku juga turut merenungnya dalam tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan. Entah mengapa aku rasa dunia seperti berhenti berputar. Lama kami begitu .

“ Woi!! Udah udah la tu..jangan nak buat drama telenovela kat sini pulak!” Ledakan ketawa Abang Long menyebabkan aku kembali ke alam nyata. Aku yang seperti terkena kejutan elektrk lantas menolak kasar tubuh Naim yang begitu rapat denganku. Jantungku berdegup kencang, rasa nak luruh pun ada. Maluku bukan kepalang apabila Abang Long tidak habis-habis mentertawakan aku. Naim turut tersipu malu. Kerana tidak tahan dengan rasa debar di hatiku, aku berlari pantas meninggalkan mereka dan terus ke tingkat atas. Dadaku turun naik. Tidak! Aku harapkan perkara tadi tidak berlaku! Aku meraba-raba pipiku. Kenapa rasa panas semacam. Ya Allah..malunya!!


-------------------------------------------------------------------------------------


Semenjak peristiwa tempoh hari , aku sering mengelak dari bertembung dengan Naim. Setiap kali bertembung dengan dia, pasti peristiwa itu segera bermain di tubir mata dan setiap kali itulah jantungku seperti mahu tercabut. Renungannya, senyumannya cukup menusuk kalbu. Aihh!! Apa aku melalut nih. Tak mungkin aku dah jatuh cinta pada mamat tu. Enggak mungkin!

Aku menarik nafas lega apabila melihat kereta Naim tiada di rumah. Kalau tidak , boleh kena heart attack aku kalau dia ada di situ. Aku yang baru pulang dari kerja perlahan-lahan memakir kereta di tempat yang sudah aku tetapkan. Biasanya kereta Naim yang menyibuk di situ. Hari ini aku berjaya mendapatkan kembali hak aku.Heheh.

Pintu dan tingkap rumah tertutup kemas . Aku mencongak sesuatu, ma dan abah pergi mana ye? Owh, baru aku teringat yang mereka pergi ke kenduri kahwin sepupuku.Mungkin Naim dan Abang Long pun ikut sekali kerana kasut mereka tiada di situ. Almaklumlah sekarang ni cuti sekolah. Aku terus mencapai kunci rumah dari beg sandangku lalu membukanya .

Ahh tenangnya hati apabila tiada sesiapa di rumah ini. Aku kemudian menghempas punggung di sofa. Aku memejam mata rapat.Letih sangat. Hari ini aku terpaksa membuat tiga pembedahan besar (major surgery) yang mengambil masa paling kurang pun 3 jam setiap satu pembedahan. Pinggangku terasa sakit.Urat leherku seakan bersimpul. Kepalaku terasa berat. Akhirnya aku tertidur di situ.

“ Farah…,” Sayup-sayup kedengaran suara lelaki memanggil namaku. Ish, siapa pulak kacau ni. Ni mesti Abang Long .Dia suka sangat kacau aku tidur. Aku enggan membuka mata. Berat sungguh mata ini seperti ada beban berat tergantung terjuntai pada kelopak mataku.

“ Farah..bangun..,” suara itu memanggil aku.Terasa ada tangan kasar yang mengusap lembut pipiku. Aku merengus geram. Abang long ni kacau lah! Eii, aku pantang betul lah kalau ada orang nak kacau aku tidur ni. Dengan malas, aku membuka mata perlahan-lahan. Aku berpaling ke arah suara tadi. Mataku yang masih kabur hanya dapat melihat wajah itu samar-samar dan makin lama makin jelas. Dan..

“ Arghh!!” Aku menjerit kuat apabila melihat Naim sedang merenungku tajam .

“ Apa awak buat kat sini?!” Aku terus mengambil bantal lalu menutup dadaku. Aku khuatir dia akan berbuat apa-apa padaku.Kelihatan dia tersenyum penuh makna tanpa menjawab soalanku. Aku yang sedang panik terus berdiri dan ingin meninggalkannya namun dia lebih pantas memaut lenganku dan merentap kasar lenganku sehingga aku kembali terduduk.

“ Duduk dulu..temankan saya borak sekejap,” katanya lembut. Matanya galak meratah wajahku yang masih sembab .Alahai, bala apa pulak nih. Gerun lah aku tengok renungan berbisa dari Naim. Jantungku berdegup kencang. Badanku sedikit bergetar. Apa lagi apabila melihat ma dan abah serta abang long belum pulang. Hanya tinggal kami berdua sahaja kini.

“ Jangan takutlah, saya baru balik je ni. Tadi saya tengok awak tidur kat sini, so saya kejutkanlah.Lagipun dah nak lewat petang ni.Tak baik anak dara tidur petang..nanti hilang seri,” terangnya panjang lebar seperti memahami perasaanku ketika ini. Sempat lagi dia berseloroh.

“ Setakat nak kejutkan tak apala.Ni kenapa sampai nak pegang-pegang saya?!” Marahku. Sesungguhnya aku bengang betul sekarang .Berani dia usap-usap pipi aku tadi.

“ Sory..saya tak sengaja..,” jawabnya selamba.

“ Tak sengaja awak cakap?! Hei, awak ni belajar hukum agama ke tak? Lelaki mana boleh pegang wanita yang bukan muhrimnya!” Aku menggertaknya. Kelihatan dia sedikit terkejut. Huh! Sah sah dia ni tak belajar bab agama.

“ Saya mintak maaf banyak-banyak..saya betul-betul tak boleh kawal perasaan saya tadi..,” kedengaran suaranya bergetar. Aku memandangnya geram.

“ Huh, alasan! Sudah lah! Hei, apa tujuan awak datang sini hah?! Ini ke niat awak? Nak jatuhkan maruah anak orang?!” Amarahku semakin menjadi-jadi. Orang macam Naim ni mesti di ajar. Renungan dia nampak sangat yang dia ni gila seks. Aku sudah bersiap sedia sekiranya apa-apa berlaku.

“ Kenapa awak cakap saya macam tu?” Katanya sayu. Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menghempas satu keluhan kasar. Tak paham-paham lagi ke?

“ Suka hati sayala nak cakap apa pun. Hei, awak dengar sini, terus terang saya cakap , saya tak suka awak ada kat rumah ni!” Aku membentak keras. Dia tertunduk .

“ Baiklah kalau awak tak suka saya kat sini, saya boleh pergi. Tapi saya nak awak tahu satu perkara..,” katanya lagi, kali ini ada getar pada suaranya. Namun, kata-kata sayu yang meniti dari bibirnya langsung tidak menyentuh perasaanku.

“ Tahu apa?” Soalku kasar.

“ I love you so much..and I hope you will be the queen of my heart forever..,I hope so..” aku terkedu mendengar kata-kata hikmat itu. Dadaku berkocak hebat. Kenapa aku rasakan seperti ada perasaan halus menular di segenap ruang hatiku? Dari sinar matanya, aku dapat melihat keikhlasan pada kata-katanya .Kata-kata itu cukup untuk membuai perasaanku .

“ Assalamualaikum!!” Laungan salam membantutkan perbualan kami. Aku mengarahkan pandangan ke muka pintu. Kelihatan ma dan abah sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

“ Waalaikumussalam..,” sahut Naim sambil tersenyum .Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku. Aku hanya menjawab salam itu dalam hati. Dalam diam, aku masih memikirkan kata-kata yang Naim ungkapkan sebentar tadi. Benarkah apa yang diperkatakannya? Kenapa aku terasa bahagia sangat apabila mendengar perkataan itu? Aduhh, aku ni apasal hah? Rasa macam orang tak betul pulak.Ish!


--------------------------------------------------------------------------------------


Aku tergesa-gesa turun untuk bersarapan . Pagi ini aku terbangun lewat kerana semalam aku tidak boleh tidur kerana memikirkan kata-kata Naim semalam. Entah mengapa, hatiku benar-benar tersentuh dengan kata-katanya namun egoku yang kuat menghalang aku daripada mengakui bahawa aku sebenarnya mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Aku hairan melihat seperti ada sesuatu yang kurang di meja makan itu . Dalam diam , aku memerhatikan seorang demi seorang yang berada di situ. Abang Long, Shasya, Ma ,Abah, Naim? Mana Naim? Ye Naim tiada di situ. Aku mula berasa tidak sedap hati.

“ Farah, kenapa dok tercegat kat situ tu. Marilah makan.Kau dah lewat kan?” Sapa Abah tiba-tiba .

“ Mana Naim?” Itulah soalan pertama yang terpacul dari bibirku sebaik sahaja melabuhkan punggung.

“ Hai, kenapa tiba-tiba tanya? Dah rindu ke?” nada suara Abang Long seperti menyindirku. Rindu? Aku rindu dia ke?

“ Tak adala..biasanya Naim ada sekali makan. Dia tak bangun lagi eh?” Tanpa segan silu aku bertanya. Hatiku berkocak hebat ingin tahu ke mana perginya Naim. Biasanya dia tidak pernah bangun lewat.

“ Hurmm..Naim dah balik Sabah dah..pagi-pagi lagi dia dah pergi..,” kata-kata Abang Long seolah-olah menyentap perasaanku. Ma dan Abah hanya memandangku tanpa mengeluarkan sebarang kata. Mereka menggeleng-gelengkan kepala namun aku tidak mengerti maksud gelengan itu.

“ Apa?! Kenapa tak cakap dengan Farah?” Ternyata aku benar-benar terkejut dengan berita yang aku baru dengar.

“ Nak cakap kat kau buat apa, kau bukan tak suka dia ke?” Abah yang dari tadi mendiamkan diri menyindirku tajam . Air mataku mula bergenang di kelopak mata.

“ Entah Kak Ngah ni, kesian Abang Naim..dia datang sini semata-mata nak jumpa Kak Ngah. Tapi Kak Ngah pulak layan dia macam tu. Kesian Abang Naim…,” sampuk Shasya . Hatiku tiba-tiba pedih mendengar kata-kata itu.

“ Ye Farah..sebenarnya dah lama dia berkenan kat Farah. Salah abang jugak..abang yang promote Farah kat dia masa abang pergi Sabah hari tu. Dia datang dari Sabah dan cuti sebulan semata-mata untuk kenal Farah dengan lebih rapat, bukan atas urusan kerja macam Abang Long cakap dulu..,” sambung Abang Long pula. Aku semakin tergamam. Betul ke Naim datang sini semata-mata kerana aku? Dan bukan atas urusan kerja seperti yang Abang Long maksudkan? Soalan itu bertalu-talu menerjah ruang benakku .Hatiku sebak.

“ Abang Long, Naim kat mana? Farah nak jumpa dia!” Teriakku dalam tangis tiba-tiba membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut. Abang Long seperti serba salah untuk mengatakannya.

“ Abang Long, cakaplah Abang Long! Tolong Farah..,” aku merayu dalam sendu.

“ Sekarang dia kat airport, rasanya sempat lagi Farah nak kejar dia..,” tanpa mendengar kata-kata seterusnya dari Abang Long aku terus mencapai kunci kereta lantas mendapatkan kereta lalu terus memandu ke tempat yang dinyatakan. Aku benar-benar rasa bersalah sekarang. Aku benar-benar menyesal kerana terlalu ego untuk menyatakan cinta kepadanya. Aku harap aku belum terlambat untuk mengejarnya. Kerjaku terpaksa aku tinggalkan untuk seketika.


-------------------------------------------------------------------------------------


Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud penuh sesak dengan pengunjung. Ya Allah, bagaimana aku nak cari dia ni? Tempat ini luas, susahnya nak cari. Aku seperti rusa masuk kampung, terkial-kial seorang diri di situ ,tidak tahu harus ke mana. Aku cuba pergi ke balai berlepas namun pengawal keselamatan yang berada di situ menghalangku. Aku merayu pada pengawal itu supaya membenarkan aku masuk untuk mencari Naim di situ namun langsung tidak diendahkan.

Akhirnya aku sudah putus harap. Air mataku lebat membasahi pipiku. Aku terduduk lesu di kerusi yang terdapat di situ. Orang ramai yang lalu lalang di situ langsung tidak aku hiraukan. Aku sudah tidak tahu perlu buat apa lagi..Ternyata Naim benar-benar merajuk denganku. Memang patut Naim berasa begitu. Aku memang kejam. Aku memang perempuan yang tidak pernah bersyukur. Kerana keegoanku aku terlepas orang yang aku cinta, orang yang telah menjadi cinta pertamaku. Aku tidak habis-habis mempersalahkan diriku sendiri . Sedang aku melayan perasaan , tiba-tiba terasa bahuku disentuh lembut. Aku terus berpaling.

“ Naim!” Aku menjerit nyaring dan terus terbangun apabila melihat Naim sedang berdiri di sebelahku.Dia memandangku sayu. Kemudian bibirnya mengukir senyuman hambar. Kalau ikutkan hati, nak je aku peluk dia tapi hukum agama membantaskan perlakuanku itu.

“ Farah..,” katanya sepatah tetapi suaranya cukup romantis di telingaku. Aku menyeka perlahan air mataku. Senyuman meniti di bibirku. Hatiku berbunga riang melihat dia belum lagi berlepas.

“ Naim..maafkan saya..saya banyak buat salah kat awak..saya..saya..,” aku ingin mengungkapkan kata-kata hikmat itu namun ia seperti tersekat di kerongkong.

“ Saya apa?” Soal Naim ingin tahu. Dia merapatkan tubuhnya dengan tubuhku. Terasa nafas hangatnya menghembus pada dahiku.

“ Saya cintakan awak..,” aku terpaksa menepis segala rasa seganku demi mempertahankan cintaku. Naim tersenyum bahagia mendengarnya.

“ Saya cintakan awak jugak..,” katanya dengan nada yang lebih romantik dari tadi. Matanya yang redup merenungku lama dan aku turut merenungnya dengan penuh kasih sayang. Terasa jiwaku bergetar dengan renungannya itu. Ahh..bahagiannya hatiku saat ini.

“ Awak..tolong jangan tinggalkan saya..saya tak sanggup kehilangan awak..,” tanpa segan silu aku merayu dengan penuh harap.

“ Saya tak kan ke mana-mana sayang..hati saya milik awak,” katanya sambil meletakkan tangannya di dadanya. Aku tersenyum bahagia.

“ Thanx Naim..,” jawabku dengan esak tangis masih kedengaran.

“ Sudikah awak jadi suri hidup saya untuk sepanjang hayat saya?” Soalnya setelah aku beransur tenang. Kali ini, dia duduk melutut di situ dan sebentuk cincin bertatahkan berlian dihulurkan kepadaku. Aku terkedu. Pipiku terasa membahang panas apa lagi apabila melihat orang ramai sedang mengerumuni kami , seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton adegan romantik itu. Ya Allah, malunya aku…

“ Naim, apa awak buat ni..bangun cepat..malu saya..,” aku berbisik perlahan. Tidak tahan lagi melihat diri menjadi tontonan ramai.

“ Sudikah awak terima lamaran saya untuk menjadikan awak suri hidup saya?” Dia mengulangi soalan itu tanpa mempedulikan rayuanku.

“ Ye Naim..saya terima,” pantas aku menjawab sambil tertunduk malu. Naim lantas berdiri lalu lengan baju kurungku ditarik lembut dan cincin itu diletakkan dalam telapak tanganku. Aku mengambil cincin itu lalu disarungkan perlahan ke jari manisku. Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukan gemuruh bergema di sekelilingku .Orang ramai di situ bersorak girang. Alamak! malunya..huhu. Sesungguhnya perasaanku bercampur baur ketika ini antara malu, terharu dan gembira..


-------------------------------------------------------------------------------------


“ Good job Naim!!” Suara kuat Abang Long di sebalik pintu biliknya menarik perhatianku yang kebetulan lalu di situ.

“ Semua ni atas pertolongan kau jugak..,” kata Naim sambil ketawa terkekeh-kekeh. Aku hairan. Apa yang mereka suka sangat itu. Telingaku bergerak-gerak untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih lanjut.

“ Aku rasa nak terburai je urat perut aku tengok Farah kalut gila bila aku cakap kau dah balik Sabah hari tu..,” sambung Abang Long lagi sambil meneruskan sisa gelaknya. Tiba-tiba hatiku panas. Apa maksud semua ini? Namun aku masih bertahan di situ .Rasa ingin tahuku membuak-buak.

“ Thanks bro..kerana kau ,aku dapat Farah. Sporting betul la ma dengan abah kau. Kalau bukan kerana korang, aku tak tahu lah macam mana lagi nak pikat Farah tu..bukan senang tu..Huii kalau aku tak dapat dia, merana la hidup aku nanti..,” kata-kata Naim bagaikan menyentap tangkai jantungku .

“ Hah! Aku tolong bukan free..pasni kalau kau tak belanja aku, siap!” Kelihatan Abang Long menepuk-nepuk bahu Naim. Naim tersengeh seperti kerang busuk.

“ No problem bro!” Katanya lagi diselangi dengan gelak tawa. Panas hatiku sudah tidak boleh dibendung lagi.Aku terus menyerbu masuk ke dalam bilik Abang Long.

“ Abang! Naim! Apa semua ni!” Gertakku tiba-tiba membuatkan mereka tergamam .Mereka berpaling sesama sendiri.

“ O’ooo kantoi..,” kata mereka serentak .Aku mula mencapai bantal kecil dari atas katil lantas melemparkannya pada Abang Long. Kurang asam punya abang, sanggup dia mempermainkan perasaanku. Rupanya semua ini satu rancangan antara dia dengan Naim.

“ Abang Long nak pergi mana tu!!” Jeritku kuat. Abang Long lari lintang pukang keluar dari bilik itu. Aku cuba mengejar namun Naim lebih pantas menghalang .

“ Sampai hati abang tipu Farah!” Marahku.Tanganku menumbuk-numbuk dada sasanya. Air mataku hampir menitis.

“ Tak sayang..abang tak tipu..,” Naim resah.

“ Habis tu apa semua ni?! Abang jahat!”

“ Abang tak ada maksud nak tipu sayang..abang terpaksa buat macam tu sebab abang cintakan sayang. Abang benar-benar ikhlas mengahwini sayang..Trust me k..,I love you so much sayang..” suara garaunya mengetuk gegenadang telingaku. Tanpa aku sedari, aku sudah berada dalam pelukannya.Ubun-ubun kepalaku dikucup lembut. Amarahku kian mengendur dek terkena penangan ayat-ayat cintanya. Aduhh, mudahnya hatiku cair pada kata-katanya ,kata-kata dari seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suamiku sebulan selepas peristiwa di airport itu.

Naim kemudian cuba merapatkan bibirnya ke bibirku. Hatiku menjadi tidak keruan. Kerana itu, aku menolak tubuhnya kasar dan pelukannya terlepas. Aku melangkah laju untuk keluar dari bilik itu.

“ Eh Farah, nak ke mana tu?” Naim bingung melihat perlakuanku tanpa diduga.

“ I hate you ! Menyesal Farah jadi isteri abang! ” Kataku kasar.

“ Farah!” Sahutan Naim tidak aku hiraukan. Aku memandangnya sekilas dan menghadiahkan jelingan tajam padanya.Dia sungguh panik mendengar jawapan itu. Aku cuba menahan gelak melihat reaksi mukanya. Hahaha..kan dah terkena..Itu lah siapa suruh nak tipu aku! Namun jauh di sudut hatiku, aku berasa amat bahagia kini…




p/s : saya tulis cerpen ni masa otak tgh berserabut.Nak sambung tidak seindah mimpi otak tiba-tiba jadi blank pulak. Sorylah ye kalau ayat tunggang langgang sikit..he..pepun thanx kpd yg sudi membaca.=)

28 comments:

  1. hehehe....
    best..klakar sgt..
    buat lagi cerpen yg mcm nie yer..

    ReplyDelete
  2. sweetnyer...
    haha kelakar betul
    sporting gle abang long!

    ReplyDelete
  3. kiut betul cite ni!

    ReplyDelete
  4. pehhhhh..bez2 wlaupn msa tulis tgh serabut tpi hasilnya tetap mntap...
    so sweet wow

    ReplyDelete
  5. salam..

    terima kasih sudi singgah anaklaut..ulasan anda sangat saya hargai.

    p/s: cerita yang sangat menarik..
    p/s: no plet wdr 1234 tu ( memang betul2 wujud ker)..lebih kurang nak sama dgn camry anaklaut.:) cuma berzanya sikt no di belakang tu..

    ReplyDelete
  6. comeinyer cte ni..
    Naim to sweet sangat
    suka2! Nak lagi..
    x nak sambung ke?

    ReplyDelete
  7. salam..thanx for all comments
    cte ni biasa2 jek..

    Lina,
    insyaAllah..

    Anonymous,
    =)

    anak laut,
    no plat tu sy reka sndiri jek.
    x tau ia wujud ke x.hehe

    farisya,
    insyaAllah ada masa sy sambung,
    but so far x de idea lg.he..

    ReplyDelete
  8. bez sgt....
    sweets...suka2.......
    comel sgttt......

    ReplyDelete
  9. hihi..best bangat cerpen ni..
    sanggup tu dtg dr sabah sbb nak pikat anak org..
    nasib baik success..
    org mmg leh wat idea giler sbb nk dpt kn cinta seseorg tu..

    ReplyDelete
  10. salam..
    anonymous,
    thanx sudi bace..=)

    bidadari cinta,
    love is crazy..nothing impossible in this world..=p

    rahmah,
    hehe thanx!

    ReplyDelete
  11. hehehe so cute! btol tu, love is crazy..
    thums up 4 u sis!

    ReplyDelete
  12. baru jer abis baca citer nih!

    comei sgt dorg tu..ada ke cinta cam gitu..?

    ReplyDelete
  13. tak tahulah..cerpen ni semua hasil dari idea mengarut sy..hehe..but love can be everything..
    mak ayah sy dulu tu baru kenal baper bulan terus kawen..=p

    ReplyDelete
  14. hai org ganu!!

    wah best nye hasil karya awak..

    saya suke..bley ajar x??huhu

    sy pon brangan2 nk ade novel sndri..huhu

    ReplyDelete
  15. thanx princess sudi melawat blog akak
    akak bukan pandai sangat pun menulis.
    akak just suka2 je menulis, nak wat something
    yg lain sikit dari kehidupan akak yg biasa..hehe
    tak pernah terpk pun nak publish novel
    hope princess dpt capai impian princess one day..
    all the best!

    ReplyDelete
  16. klu farah umur nak dekat 30
    abang dia mesti lagi tua
    tapi tak kan abang dia tak kahwin lagi

    ReplyDelete
  17. best lah .... kelakar pun ade
    apapun terbaiklah cerpen .......

    ReplyDelete
  18. cerita yang menarik ! keep it up

    ReplyDelete
  19. Omg....so sweetttt.....😍😍

    ReplyDelete
  20. Omg....so sweetttt.....😍😍

    ReplyDelete
  21. So sweet.... πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ–’

    ReplyDelete
  22. So sweet.... πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ–’

    ReplyDelete
  23. sara ni bernilah jugak g tgok kalau saya..tak berani klau dlm fikiran dah segala cerita kluar hahahaa..

    ReplyDelete
  24. sara ni bernilah jugak g tgok kalau saya..tak berani klau dlm fikiran dah segala cerita kluar hahahaa..

    ReplyDelete
  25. sara ni bernilah jugak g tgok kalau saya..tak berani klau dlm fikiran dah segala cerita kluar hahahaa..

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat bermakna..=)