Wednesday, May 27, 2009

Cinta Thriller 4



“ Hariz, aku tak ada apa-apa lagi nak minta dari kau. Aku cuma nak kau tolong carikan adik aku yang dah lama hilang . Masa dia hilang, aku berusia 7 tahun dan dia 2 tahun. Dia diculik oleh orang yang tak dikenali di rumah aku sendiri. Tolong aku Hariz..Rantai ini adalah hadiah mak aku untuk aku dan adik aku .Di situ ada nama kami.Mungkin ia dapat membantu kau mencari adik aku,” kata Razif tersekat-sekat namun butir bicaranya masih dapat aku fahami .Dia perlahan-lahan menghulurkan sekeping gambar waktu kecilnya dan juga seutas rantai kepadaku .Aku tergamam. Razif ada adik? Kenapa dia tidak pernah bercerita kepadaku sebelum ini?

“ Razif, tolong ah..jangan mati sekarang. Nanti kita cari sama-sama adik kau tu. Please Razif..perjuangan kita belum selesai!” Teriakku . Air mata jantanku akhirnya tumpah jua . Mana mungkin aku biarkan rakan baikku pergi sebelum aku. Kami pernah berjanji akan sehidup semati walau apa pun terjadi .

“ Hariz, aku dah tak boleh bertahan lama lagi. Tolong Hariz..janji dengan aku. Benarkan aku pergi dengan aman…Aku teringin sekali nak jumpa adik aku tu tapi apakan daya aku..aku terpaksa pergi dulu. Kalau kau jumpa dia, tolong cakap yang aku rindu sangat padanya…” nafas Razif semakin deras . Darah yang keluar dari dadanya semakin banyak membuatkan aku semakin panik.Air mataku kian deras mengalir.Tidak sanggup rasanya aku kehilangan kawan baik sepertinya.

“ Hariz,boleh kau janji dengan aku yang kau akan cari dia?” Razif masih mengulangi kata-katanya.

“ Ya, Razif..aku janji dengan kau tapi kau..”

“ Arghh!!!!” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku ,Razif berteriak nyaring seolah-olah menahan kesakitan sakaratulmaut yang amat dasyat.

“Razif! Bangun Razif! Jangan mati lagi!” Jeritku sekuat hati apabila tiada lagi bunyi deruan nafasnya .Matanya terpejam rapat. Sekeping gambar usang masih berada di celahan jarinya.

“Razif!!” Jeritanku memecah kesunyian malam. Nafasku tercungap-cungap . Astaghfirullahalazim..aku bermimpi lagi . Ternyata peristiwa 3 tahun lepas masih segar dalam ingatanku sehingga menganggu lenaku buat ke sekian kalinya.



“Razif..,” tidak semena-mena air mataku mengalir laju membasahi pipiku apabila nama itu meniti di bibirku. Dialah kawan terbaik aku dari kecil sehinggalah dewasa namun ajal telah memisahkan kami dalam dua dunia yang berbeza. Aku tidak menyangka malam itu , Razif menghembuskan nafasnya yang terakhir apabila tembakan daripada salah seorang ahli Black tepat mengenai dada kirinya dan sekaligus mengenai jantung.

Aku meraup wajahku beberapa kali..walaupun sudah bertahun lamanya dia meninggalkan dunia yang fana ini namun aku merasakan baru semalam Razif meninggalkan aku. Perlahan-lahan aku menarik laci meja di sebelah katilku . Aku terus mencapai sekeping gambar dan rantai leher peninggalan arwah Razif kepadaku. Aku merenung rantai yang tertera nama Razif&Rossa. Rantai itu aku genggam erat tidak mahu melepaskannya. Aku memejam mata rapat untuk menyingkirkan rasa kecewa dan sedih yang bersarang di hatiku.Sehingga kini, aku gagal menjejak adiknya. Segala usaha yang aku lakukan tidak membuahkan hasil dan selagi aku tidak menemuinya selagi itu aku akan rasa bersalah terhadap Razif. Aku sudah buntu, tidak tahu apa yang perlu aku lakukan kini.

Kemudian,aku mengamati pula wajah-wajah yang terpapar pada gambar hitam putih tersebut . Seorang lelaki yang aku rasakan adalah ayah Razif dan seorang wanita duduk di kerusi di sebelah kanan lelaki tersebut sambil memegang seorang kanak-kanak perempuan yang aku kira mungkin ibu dan adik Razif yang hilang itu. Di sebelah kanannya berdiri seorang kanak-kanak lelaki seusia denganku ketika itu yang sudah pastinya itu adalah Razif. Inilah pertama kali aku melihat ahli keluarga Razif . Aku mula mengenalinya ketika aku berumur 9 tahun.Ketika itu aku bersekolah di salah sebuah kampung dalam daerah Muar atas kehendak bapaku. Ketika itu dia sudah menjadi yatim piatu berikutan kedua ibu bapanya meninggal akibat kemalangan ngeri ketika pulang dari Kuala Lumpur . Setelah kematian kedua ibu bapanya ,dia tinggal bersama neneknya yang miskin di kampung tersebut . Sejak kecil lagi dia sudah melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah menjadi buruh binaan, menjual kuih muih ,dan sebagainya sehinggalah dia tercicir daripada pelajarannya dan ketika usianya 15 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah kerana kesempitan hidup . Namun, kerana simpati terhadap nasibnya, aku meminta jasa baik ayahku untuk membantu membiayai persekolahannya sehinggalah kami berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di New York . Sesungguhnya pengalaman Razif begitu tragis berbeza dengan kehidupanku yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan . Kini, aku benar-benar rasa bersalah kerana jika bukan kerana aku dia tidak akan pergi meninggalkan dunia ini. Jika bukan kerana aku, dia tidak akan terlibat dengan jenayah seberat ini. Akulah punca segala-galanya. Akulah yang memujukknya untuk mempelajari selok belok jenayah di New York walaupun ketika itu dia enggan mengikut kata-kataku .Namun, dia terpaksa mengikut kehendakku kerana aku mengunggut akan menghentikan pembiayaan pengajiannya jika dia tidak menurut kehendakku. Alangkah kejamnya aku . Kerana rasa bersalahku pada Razif, aku bertekad untuk meneruskan usaha mencari adiknya walau sejauh mana aku terpaksa pergi dan matlamat aku paling utama adalah menghapuskan Black iaitu pembunuh Razif daripada dunia ini !

#####################################################################################

Aku berjalan seorang diri di pesisiran pantai yang sangat indah dengan hamparan pasir putih menyejukkan mata yang memandang. Aku memakai baju sejuk tebal kerana untuk mengurangkan kedinginan di waktu pagi yang menyengat sehingga ke sum-sum tulang .Sudah 3 tahun aku menetap di pulau ini tanpa ada sesiapa tahu meskipun ibu bapaku sendiri . Aku mengubah identitiku dengan membiarkan janggut dan misai tumbuh menghiasi wajahku .Aku tidak mahu ada sesiapa mengenali ku kerana polis masih memburuku walau di mana sahaja aku berada .Hanya di pulau inilah aku selamat untuk bersembunyi dan di sini jualah aku membina kekuatan dan mengatur strategi untuk menghapuskan Black . Dengan berbekalkan ilmu yang aku timba di New York dulu, aku terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk mengatur strategi yang terperinci dan membina perangkap yang telus serta mencipta senjata-senjata dan peralatan yang canggih sebagai sumber untuk mempertahankan diriku ketika berhadapan dengan Black . Just wait and see Black! Aku tidak akan biarkan kau terus bernafas di bumi ini! Aku akan tebus kematian Razif dengan darah kau!

“ Uncle..,” suara anak kecil yang menyapaku mematikan lamunanku . Aku terus tunduk untuk melihat gerangan anak kecil itu. Comelnya..walaupun kanak-kanak lelaki yang aku kira mungkin berusia dalam 3 tahun kelihatan agak takut-takut namun kecomelannya amat memukau.

“ Uncle..Im nak bola Im..,” katanya tersekat-sekat .Aku mengerutkan dahi .Bola? Bola mana? Aku memandang benda yang aku pegang kini. Aik? Sejak bila aku pegang bola? Ish aku ni, kuat sangat mengelamun sampai tak perasan yang aku memegang bola anak kecil itu.\

“ Uncle..Im nak bola..,” aku tersentak mendengar rengekan anak kecil itu yang menggelarkan dirinya Im. Comel betul. Aku perlahan-lahan duduk menghadapnya . Dia kelihatan bersedia untuk lari. Mungkin dia fikir aku adalah orang jahat. Aku tergelak kecil melihat telatahnya.

“ Kalau Im nak bola..Im kena cakap nama Im, umur Im dulu..boleh?” Soalku lembut sambil tersenyum. Aku sangat sukakan kanak-kanak . Sudah lama aku tidak bermain dengan anak-anak kecil semenjak aku pulang ke Malaysia.

“ Nama Im..Imran Bin Abdullah..umur 3 tahun. Uncle nama apa?” Senyumanku semakin lebar apabila mendengar kata-katanya yang begitu petah dan sangat comel pada pendengaranku . Anak siapa la ni.

“Nama uncle..Hariz..Panggil je Uncle Hariz. Mama dan papa mana?” Aku mengamati wajah anak kecil itu. Mengapa aku rasakan wajahnya seperti pernah aku lihat tapi di mana ya?

“ Papa tak ada. Mama ada kat rumah,” jawabnya pendek.

“Papa pergi mana?” Soalku hairan.

“ Mama kata papa pergi jauh ke dunia lain,” kata-katanya membuatkan aku tergamam. Kesiannya Imran..dalam usia sekecil ini dia telah kehilangan papanya dan telah bergelar anak yatim. Aku mula berasa sebak.

“ Uncle Hariz..,” sapanya apabila melihat aku tiba-tiba berdiam diri.

“Ye Im..” aku tesenyum memandangnya .

“ Bila uncle nak bagi bola tu? Tadi uncle cakap nak bagi lepas Im bagitahu nama Im,” aku tergelak mendengar ulahnya .Aku menggaru kepala.Lupa pulak. Aku perlahan-lahan menghulurkan kepada Imran yang sangat comel itu dan dia menyambutnya dengan pantas sambil tersengeh mempamerkan giginya yang jarang.Kulitnya putih gebu.Pipinya tembam.Tidak semena-mena jariku pantas mencubit pipi tembamnya.

“ Aduhh, sakitla uncle..uncle jahat! Cubit Im,” dia mula merengek seakan merajuk .Mulutnya dimuncungkan. Tawaku semakin kuat.

“ Uncle mintak maaf ye..nak uncle bawak Im jalan-jalan tak?” Soalku. Aku masih tidak puas untuk berbicara dengan Imran yang sangat petah dalam percakapannya ,langsung tidak ada pelat.

“ Tak nak..nanti mama marah .Mama cakap jangan ikut orang yang kita tak kenal, nanti kena culik,” katanya sambil menunjukkan jari telunjuk kepadaku. Wahh..pandai betul budak ni.

“ Uncle baikla..Kan Im dah kenal uncle sekarang..nanti..”

“Imran ! Imran!” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku seorang wanita separuh abad memanggil nama Imran. Di belakangnya kelihatan seorang wanita muda dengan busana muslimahnya sedang mengekori. Imran hanya melambaikan tangan kepada mereka . Mereka tergesa-gesa berlari mendapatkannya.

“ Siapa tu Im?” Soalku ingin tahu.

“ Yang pendek tu bibik..yang tinggi tu mama. Mama!!” Teriaknya tiba-tiba . Aku mengangguk kepala . Hurmm..boleh tahan juga mamanya..hatiku tiba-tiba berdegup kencang apabila mamanya datang menghampiriki.Aku seolah-olah terpukau melihat kecantikan dan keayuannya . Aku dapat merasakan ada satu perasaan halus sedang menyusup masuk ke dalam hatiku . Perasaan yang sukar untuk ditafsir.Perasaan apakah itu?

“ Imran..mengapa in kamu di sini? Mama kamu risau bangat pasal kamu . Sudah, mari pulang..,” kelihatan bibik itu tercungap-cungap mengambil nafas .

“ Im nak ambil bola ni. Uncle pegang tadi..,” aku tersenyum mendengar jawapan Imran.Jujur betul.

“ Hai orang muda, apa niat kamu sih? Kamu tahu enggak? Mama Imran kaget bangat anaknya Imran kabur . Kamu jangan sesekali coba-coba mendekati Imran. Nahas kamu!” Aku terkejut apabila dimarahi oleh bibiknya .Mamanya hanya memandang tajam terhadapku tanpa mengeluarkan sebarang butir bicara.Berani betul bibik tu marah aku. Dia belum tahu siapa aku. Aku mula berasa bahangnya.Namun aku masih bersabar memandangkan Imran ada di situ.Tidak elok bagi kanak-kanak kecil melihat pertengkaran orang dewasa.

“Bibik..uncle baikla.. Dia cuma tanya nama dan umur Imran je la..jangan marah dia..Im baru aje jumpa dia kat sini” kata-kata Imran ternyata berjaya menyejukkan hatiku . Aku menarik nafas lega.Kecil-kecil dah pandai nak bela orang. Nasib baikla budak ni boleh bercakap . Kalau tidak, mesti bibik dan mamanya salah faham terhadapku.

“ Hurmm..baik. Mama kamu mahu kamu pulang. Ayuh..kita pulang,” bibik itu terus menarik lengan Imran dan beredar dari situ dengan tergesa-gesa diikuti oleh mamanya.

“Tunggu!” Belum sampai beberapa langkah mereka beredar dari situ, aku menyahut. Aku tidak puas hati jika aku tidak tahu nama mamanya yang telah memukau hatiku dengan sekali pandang .

“ Ada apa sih?” Soal bibik itu dari jauh. Aku mendekati mereka dengan perlahan-lahan .

“ Siapa nama mama Imran?” aku terus bertanya sebaik sahaja berhadapan dengan mereka .Mataku tidak berkelip memandang mama Imran yang masih tidak aku ketahui namanya. Dia melarikan anak mata, tidak tahan dengan renunganku. Dari tadi aku menunggu dia untuk berbicara namun hampa..dia langsung tidak bersuara. Dia memberi isyarat tangan kepada bibik dan bibik mengangguk tanda faham. Eh, apasal guna bahasa isyarat pulak? Aku hairan. Erm..mungkin sebab baginya suara seorang wanita itu aurat kot.Nampak mama Imran seperti seorang yang alim. Tidak hairan la.Bibik itu kemudian menarikku agar jauh sedikit daripada mereka seolah tidak mahu butir bicara kami didengari oleh mereka dua beranak.

“ Mengapa in kamu mahu tahu nama ibu? Enggak bisa..kamu bukan siapa-siapa!” Katanya sebaik sahaja pasti yang kami telah jauh dari Imran dan mamanya.Ish, kuat betul suara bibik ni.Ingat aku pekak ke? Aku merengus geram .

“ Aku cuma mahu tahu nama dia..bukan kamu!” Aku menengkingnya kembali membuatkan dia terdiam.

“ Enggak bisa..ibu Intan enggak mahu namanya diketahui..ops!” Bibik itu menutup mulut apabila tanpa disedari dia menyebut nama wanita itu. Aku tersenyum lucu. Nasib baik dia terlepas cakap..kalau dia masih enggan memberitahuku ,aku tidak teragak-agak akan mencekiknya sehingga dia beritahuku.

“ Ok..terima kasih bibik. Intan ya nama dia.. Tolong kirim salam aku kat Intan ye..,” kataku sambil tersenyum dan kemudian mataku beralih kepada Intan . Dia berpaling ke arah lain apabila perasan yang aku sedang merenungnnya . Tiada senyuman terukir di bibirnya .Aku masih terus tersenyum sambil membalas lambaian Imran yang sedang melambai ke arahku .

“Uncle..nanti uncle bawak Imran jalan-jalan ye..,” Imran berteriak dari jauh .

“Ok..uncle janji!” Aku membalas teriakan Imran. Mendengar jawapan itu, bibik dan Intan terus membawa Imran pergi dari situ. Aku tahu mereka masih curiga terhadapku memandang inilah pertama kali kami bertemu.Namun,jauh di sudut hatiku berasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Imran dan Intan.Bibik? Minta maaflah..buat menyemak je.

‘Intan’.. satu nama yang sudah cukup untuk membuatkan hatiku bergetar . Sudah cukup untuk membuatkan jiwa lelaki tergugat . Tidak pernah aku menemui wanita secantik itu sebelum ini . Aku teringin sekali untuk mendengar suaranya, berbicara dengannya,melihat senyuman manisnyanya dan berasmara dengannya . Aduh..terlebih berangan pulak .Hehe..Walau apa pun yang terjadi, aku akan pastikan Intan menjadi milikku suatu hari nanti…aku janji!

  • NEXT EPISODE..(just click)>>
  • 5 comments:

    1. bestlah cite ni..lain dari yang lain

      ReplyDelete
    2. rasanya cinta thriller 4 ni dah 2 kali post, 20 may 2009 dah baca, silap ke?

      ReplyDelete
    3. bukann silap tapi ada problem sikit masa nak upgrade blog ni menyebabkan susun atur posting tak teratur.komen2 orang pun hilang.harap maaf.

      ReplyDelete
    4. Tu anak Datinlh tu :D jumle balik selepas dia rogol tu lepastu anak datin dapat anak :(

      ReplyDelete

    Kata-kata anda amat bermakna..=)