Friday, February 27, 2009

“ Erm..ada apa awak nak jumpa saya?” Soalku malas . Setelah berkali-kali Syam merayu untuk bertemu denganku, barulah aku setuju berjumpa dengannya .Sebenarnya bukan apa, masa aku sekarang banyak dihabiskan dengan Encik Hakim .

“ Lina, kenapa dengan awak ni? Saya tengok awak sekarang dah banyak berubah..,” kata Syam lembut.

“ Berubah ? Berubah macam mana tu? Saya rasa saya sama je. Tak pernah berubah,” aku memandang pelik kepada Syam . Aku berubah ke? Tak kan la kerana aku menukar cara berpakaianku daripada baju kurung kepada kebaya moden dikira sebagai berubah .Ish, tak fahamla aku dengan Syam ni.

“ Awak berubah..jauh berubah. Awak dah tak macam dulu…” Kedengaran sayu Syam menuturkan kata namun aku masih hairan dengan apa yang cuba disampaikannya.

“ Syam, please straight to the point , saya tak ada masa nak dengar awak berkias-kias kat sini,” jawabku geram .

“ Awak seperti dah hilang identiti awak yang sebenarnya. Mana Lina yang saya kenal. You are totally change Lina ,” kata-kata Syam menambahkan bahang panas di hatiku.

“Syam, awak ni kenapa? Boleh tak awak cakap betul-betul apa yang berubah dalam diri saya? Saya rasa saya biasa jek .Atau awak cakap macam ni sebab awak saja nak sakitkan hati saya?” Aku menyoalnya dengan penuh rasa tidak puas hati . Aku masih tidak mengerti maksud kata-kata Syam .

“ Yang paling ketara , cara awak berpakaian. Then, sikap awak .Awak dah tak semesra dan seramah dulu .Awak lebih mementingkan kemewahan daripada harga diri, awak tidak tegas dengan pendirian awak .Awak..”

“Stop it Syam! Siapa awak nak cakap saya macam tu.Awak bukan boyfriend saya apa lagi suami.Suka hati saya la nak buat apa. Janji saya selesa dengan apa yang saya buat ,” aku sudah tidak dapat menahan sabar lalu aku terus mengangkat punggung untuk berlalu dari situ . Sibuk je Syam nak jaga tepi kain aku. Tepi kain sendiri pun tak terjaga ada hati nak menyibuk hal orang. Huh.

“ Ni semua kerana Hakim kan?” Kakiku yang baru hendak melangkah pergi terhenti seketika apabila mendengar soalan Syam . Hakim? Encik Hakim ke? Kenapa dia hendak libatkan Encik Hakim dalam hal ni.Tak ada kaitan langsung!

“ Hei Syam, ni semua tak ada kaitan dengan Encik Hakim okay . He’s my boss, so why should you involve him with your problem?!” Soalku kasar.

“ Lina..Lina saya kenal sangat dengan Hakim tu. Saya tak nak awak masuk perangkap dia. Please Lina..berhenti layan dia. Dia bukan lelaki yang baik..” aku mencebik mendengar kata-kata Syam . Sesuka hati dia je nak memburukkan lelaki idaman aku iaitu Encik Hakim yang macho lagi hensem tu.

“ Syam, awak ni kenapa ah? Awak dengki dengan saya ke? Bagi saya Encik Hakim tu sangat gentleman dan memahami perasaan wanita seperti saya. Bukan macam awak! Duit pun tak dak!” Amarahku kian menjadi-jadi apa lagi apabila dia mengatakan yang Encik Hakim bukan lelaki yang baik . Bagiku Encik Hakim adalah seorang lelaki yang sempurna .Tiada cacat celanya. Cuma Syam tidak pandai menilainya .

“ Ya, saya tahu saya tak ada banyak duit macam Hakim dan tidak pernah nak berikan kemewahan pada awak tapi ingatlah Lina , kekayaan bukan lah menjadi ukuran kasih sayang seseorang . Tolong lah Lina, jauhi dia .Saya tak mahu apa-apa terjadi pada awak..please..” suara Syam mendayu-dayu merayu padaku namun sedikitpun tidak menyerap ke dalam lubuk hatiku . Syam ni dah tak betul ke apa?

“ Kenapa awak sibuk sangat hal saya hah? Saya tahula apa yang saya buat. Saya tahu mana yang baik atau yang buruk . Saya dah cukup umur nak nilai semua tu la..Yang awak risau lebih-lebih apa kes?” Aku sudah mula bercekak pinggang. Semakin lama hatiku semakin panas mendengar kata-kata Syam yang cuba memburuk-burukkan Encik Hakim kesayanganku. Macam la aku ni budak-budak.

“ Sebab saya cintakan awak,” aku sedikit terkejut mendengar luahan yang keluar dari mulut Syam .

“ Ok fine! Kalau awak cintakan saya, stop disturbing me!” Cinta konon, kalau cinta mesti dia tidak akan mengutuk orang yang aku sayangi . Arghh jangan harap la Syam, aku tak kan percaya pada kau kerana bukan Encik Hakim yang tak baik tetapi kau!Kalau dah tak pandai menipu janganla nak menipu. Kutukku di dalam hati.

“ Lina, listen to me please..,” Syam meneruskan rayuannya .Tanpa ku sedari dia memegang erat lenganku seakan tidak mahu melepaskan aku pergi .Aku terus menarik kasar tanganku namun pegangannya kian kemas sehingga lenganku berasa sakit .

“ Syam ,lepaskan saya!” Jeritku sekuat hati . Tiada seorang pun di kawasan taman itu. Aku kalut.

“ Saya tak pernah minta apa-apa pun dari awak.Cuma kali ni je. Tolonglah..tolong jauhi Hakim. Saya kenal sangat dengan dia. Dia dah banyak rosakkan anak orang dan saya tak mahu awak jadi mangsa dia seterusnya ,” kata Syam tegas . Namun dari kata-katanya jelas berbaur dendam . Aku hanya tergelak sinis.

“ Kalau awak nak saya percaya pada awak,lepaskan saya!” gertakku . Dengan sepantas kilat Syam melepaskan aku . Dan dengan sepantas kilat jugak tanganku hinggap di pipinya . Tindakan spontan yang aku tidak dapat kawal dek kemarahanku yang memuncak .

“ Mulai hari ni, awak jangan cari saya lagi! Even sebagai seorang kawan! Ngerti?” Aku memberi amaran terakhir kepada Syam .Syam terus terdiam .Kelihatan kelopak mata Syam bergenang .Arghh pedulikan. Aku terus menghayun langkah laju meninggalkan Syam seorang diri di situ . Sampai hati Syam buat aku macam ni . Susah sangat ke nak tengok aku bahagia dengan orang yang aku sayangi ? Kenapa mesti dia cuba menghalang aku daripada rapat dengan Encik Hakim ? Walaupun tiada hitam putih lagi yang mengisytiharkan Encik Hakim menyukaiku namun dari sikap dan renungannya terhadapku aku tahu yang dia juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku. Aku pasti aku tidak perasan. Aku tidak percaya langsung dengan kata-kata Syam dan tidak akan pernah aku percaya kata-katanya sampai bila-bila. Never!

____________________________________________________________________



Hari ini aku pulang lewat sikit daripada biasa . Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Banyak kerja-kerja yang aku terpaksa siapkan seorang diri .Rakan sekerjaku semuanya sudah pulang. Aku seorang diri berada di pejabat itu namun sedikitpun aku tidak berasa takut kerana aku sudah biasa bekerja sehingga lewat malam .Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana Pak Guard ada kat bawah kalau apa-apa terjadi nanti. Tapi,harap-harap tiada apa yang berlaku lah. Beberapa kali aku menguap. Mengantuk la pulak . Aku berhenti seketika membetulkan urat-urat leher yang hampir bersimpul kerana terlalu lama tunduk . Penatnya..saat ini aku tiba-tiba teringatkan Syam . Teringatkan waktu Syam membantuku menyiapkan tugasan pejabat yang bertimbun bersama-sama ketika Encik Hakim mula-mula bekerja di sini . Syam ketika itu sangat memahamiku dan sentiasa menceriakan hidup aku setiap detik dan waktu . Pelbagai kenangan manis kami bersama .Dia sesungguhnya seorang kawan yang begitu perihatin terhadapku .Tanpa aku sedari, aku tersenyum sendirian apabila teringatkan gurau sendanya yang mampu membuatkan aku ketawa namun senyumanku terus mati apabila teringatkan kata-katanya tempoh hari berkenaan Encik Hakim .Aku tidak sangka dia sanggup bercakap bukan-bukan tentang Encik Hakim .Tidak aku tahu apa puncanya dia berkata begitu. Dia selalu tidak jelas dalam percakapannya. Tahukah dia yang aku dah mula jatuh hati dengan Encik Hakim .Encik Hakim sudah membawa perubahan yang besar dalam hidup aku . Aku dikurniakan kemewahan yang sekelip mata tanpa aku pinta . Dia sangat pemurah kerana sentiasa memberikan aku hadiah lumayan yang aku tidak pernah bayangkan . Dia memahami kehendak aku untuk kelihatan cantik dan berkaliber. Terasa diriku begitu istimewa dalam dirinya .

“ Assalamualaikum sayang..,jauhnya termenung..” Lamunanku terbantut sebaik sahaja Encik Hakim tiba-tiba menyapaku dari belakang. Aku mengerutkan dahi. Peliknya..kenapa Encik Hakim tidak pulang lagi.Biasanya diala yang paling awal pulang dari pejabat .

“Waalaikumussalam.., kenapa Encik Hakim tak balik lagi?” Soalku hairan.

“ Abang rindukan sayang la..” Erk! Aku bermimpi ke nih? Kenapa Encik Hakim tiba-tiba berabang sayang denganku .Selama ni berawak saya je denganku. Tapi jauh di sudut hatiku berbunga riang apabila dipanggil begitu .Terasa diriku begitu bermakna..ceh macam iklan syampoo pulak .

“ Sayang..kenapa diam ni?” Ahh..romantisnya suara Encik Hakim .Jantungku mula berdegup kencang . Indahnya perasaan ini Ya Tuhan..

“ Err, Encik Hakim ok ke tak ni?” Aku inginkan kepastian .Mana tahu dia saja nak mainkan aku.

“ Im okay..Erm..Lina, masuk bilik abang kejap..” dia masih meneruskan kata-kata romantisnya sambil kakinya melangkah perlahan meninggalkan aku yang masih tercengang di situ lalu dia masuk ke biliknya .Aku hanya menurut arahannya dan melangkah membontoti Encik Hakim untuk ke biliknya .

“ Sayang dah makan?” Soalnya sebaik sahaja aku melabuhkan punggung yang sudah tersedia di suatu sudut biliknya. Aku melihat Encik Hakim masih tercegat di pintu .Pintu bilik pejabatnya di tutup perlahan-lahan dan kemudian dikunci .

“ Belum lagi..Err..Encik Hakim ada apa panggil saya ni?” Jawabku teragak-agak .Aku mula berasa tidak sedap hati . Malam ni sikap Encik Hakim sangat berlainan daripada hari biasa . Takut pulak aku.

“ Nak jumpa sayang la..” Gulp! Aku menelan air liur . Suaranya semakin lembut dan kali ini begitu dekat dibisikkan di telingaku . Hanya selang beberapa saat, Encik Hakim sudah melabuhkan punggung di sebelahku..rapat..sangat rapat sehingga membuatkan aku rimas.

“ Err..Kalau tak ada apa-apa..saya pergi dulu ye,” kataku seraya terus berdiri ingin melangkah pergi kerana aku tidak tahan lagi dengan tangan Encik Hakim yang sedang merayap di setiap bahagian tubuhku . Terasa meremang bulu romaku . Encik Hakim ni sebenarnya kenapa?

“ Nantila dulu sayang..hold on.Malam ni sayang temankan abang ye..” tanpa sempat aku mengelak , Encik Hakim menarik lembut tubuhku namun cukup kuat untuk membuatkan aku terduduk kembali di sisinya. Aku terus dibaringkan dan badan sasanya menghempap badanku yang kecil molek ini lalu aku dipeluk erat. Aku menolak kasar tubuhnya namun kudrat wanitaku tidak cukup kuat untuk melawan. Aku tidak berputus asa, aku cuba meronta sekuat hati pula.

“Lepaskan saya Encik Hakim! Lepaskan saya!” Aku menjerit nyaring . Namun jeritanku terhenti apabila bibirku dicium dengan penuh berahi.Ya Allah, apa sudah berlaku. Aku tidak sangka Encik Hakim cuba melakukan perkara terkutuk ini denganku . Aku masih berusaha keras untuk meronta melepaskan diri namun masih gagal.Badanku terus dihenyak tanpa belas kasihan . Tudungku ditarik kasar sehingga menampakkan rambutku yang panjang. Pakaianku ditanggalkan sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya .Ya Allah malunya aku, selamatkanlah hambamu ini Ya Allah ,peliharalah kesucianku Ya Allah…Air mataku mula deras mengalir . Kenapa semua ini harus terjadi kepadaku? Adakah kata-kata Syam tempoh hari benar belaka ?

“Syam!! Tolong!!” Saat ini hanya nama Syam yang bermain di benakku.

“Diam!” Tengking Encik Hakim tiba-tiba .Tangannya menampar pipiku beberapa kali.Terasa perit sekali . Tidak kusangka Encik Hakim akan berubah menjadi seperti seekor singa lapar yang sedang melahap mangsanya . Aku hanya bisa menangis dan menangis . Malam ini kesucianku bakal tercemar kerana kebodohanku. Baru kini aku sedar betapa bodohnya aku selama ini kerana mempercayai Encik Hakim .Rupa-rupanya dia ada agenda tersembunyi dengan berbuat baik kepadaku. Rupa-rupanya dia hanya mahukan tubuh badanku bukan hatiku. Alangkah bodohnya aku kerana tidak mempercayai kata-kata Syam…Bodohnya aku..Bodoh! Bodoh!

No comments:

Post a Comment

Kata-kata anda amat bermakna..=)